DUNIA
Jam poket emas pasangan Titanic terjual pada harga RM9.66 juta
Jam 18 karat buatan Jules Jurgensen dimiliki oleh Isidor Straus, penumpang kelas pertama yang lemas ketika Titanic karam pada 1912. - Foto X/@LivesandLores
LONDON: Sebuah jam poket emas milik pasangan warga emas yang lemas ketika tragedi tenggelamnya Titanic berjaya dijual pada harga GBP1.78 juta (RM9.66 juta) dalam satu acara lelongan, lapor PA Media/dpa.
Ringkasan AI
Jurulelong berkata harga itu merupakan jumlah tertinggi pernah dibayar bagi "memorabilia Titanic".
Rekod sebelum ini dicatatkan tahun lalu apabila sebuah lagi jam poket emas yang dihadiahkan kepada kapten bot yang menyelamatkan lebih 700 penumpang terjual pada harga GBP1.56 juta.
Jam 18 karat buatan Jules Jurgensen itu dimiliki penumpang kelas pertama Isidor Straus, yang lemas ketika Titanic karam pada April 1912 sehingga meragut 1,500 nyawa.
Beliau dan isterinya, Ida, turut digambarkan dalam filem blockbuster Titanic arahan James Cameron pada 1997 sebagai pasangan yang saling berpelukan ketika kapal itu karam.
Jam itu ditemukan bersama beberapa barangan peribadi lain pada tubuh Straus dan kemudiannya dipulangkan kepada keluarganya.
Beliau menerima jam itu sebagai hadiah hari lahir ke-43 pada 1888, iaitu tahun yang sama beliau menjadi rakan kongsi di gedung beli-belah Macy's di New York.
Sepucuk surat tulisan tangan oleh Ida di atas kertas rasmi Titanic dan dipos ketika berada di atas kapal terjual pada harga GBP100,000.
Senarai penumpang Titanic pula dibeli dengan harga GBP104,000 manakala pingat emas yang dianugerahkan kepada kru RMS Carpathia oleh mangsa terselamat terjual pada GBP86,000.
Secara keseluruhan, acara lelongan "memorabilia Titanic" pada Sabtu mencatat nilai keseluruhan GBP3 juta (RM542,000).
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jam poket emas milik penumpang Titanic lemas terjual pada harga GBP1.78 juta dalam acara lelongan, mencatat jumlah tertinggi bagi "memorabilia Titanic".
- Jam 18 karat buatan Jules Jurgensen dimiliki oleh Isidor Straus, penumpang kelas pertama yang lemas ketika Titanic karam pada 1912, meragut 1,500 nyawa.
- Selain jam itu, barang-barang lain seperti surat tulisan tangan oleh isteri Straus, senarai penumpang, dan pingat emas kru RMS Carpathia juga terjual dengan nilai keseluruhan acara lelongan mencapai GBP3 juta.