DUNIA
Jam tangan Richard Mille milik Ahli Parlimen Indonesia, Ahmad Sahroni dipulangkan semula
Jam tangan mewah Richard Mille bernilai RM3 juta milik Ahmad Sahroni yang dirompak dikembalikan semula kepada anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia itu.
JAKARTA: Seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille bernilai sekitar Rp11.7 bilion (RM3 juta) milik anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia dari Parti NasDem, Ahmad Sahroni, akhirnya dikembalikan oleh warga selepas dilaporkan hilang dalam insiden serbuan di kediamannya di Tanjung Priok, Jakarta Utara, Sabtu lalu (30 Ogos).
Detik-detik pemulangan jam mewah itu dirakam dalam sebuah video yang dimuat naik akaun Instagram @warungjurnalis.
Dalam rakaman tersebut, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada individu yang mengambil jam berkenaan tampil menjelaskan tindakan itu.
“Saya sudah beritahu kepada anak saya, jam ini bukan hak kita. Bapanya juga memberitahu perkara yang sama. Jadi kami pulangkan semula,” katanya seperti dipetik media tempatan pada Isnin.
Wanita itu turut mengakui tidak mengetahui cara menggunakan jam tangan mewah bernilai jutaan ringgit itu.
“Waktu pegang sahaja jam ini saya sendiri bingung bagaimana cara pemakaiannya,” ujarnya.
Insiden rompakan itu berlaku ketika kediaman Ahmad Sahroni diceroboh orang awam pada Sabtu lalu, yang menyaksikan sejumlah barang dirosakkan selain dibawa lari.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polres Metro Jakarta Utara, Kompol Onkoseno Grandiarso Sukahar, mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
“Benar, kami sedang lakukan penyiasatan (dan)... belum ada yang ditahan,” katanya.
Sebelum ini, rumah Ahmad Sahroni menjadi sasaran kemarahan orang ramai susulan kenyataannya yang menyifatkan warga yang mahu membubarkan DPR RI sebagai “orang paling tolol sedunia.”
Beliau juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan menghina terhadap peserta demonstrasi bawah umur dengan panggilan “brengsek” (tidak berguna). - Agensi