Jambatan 20 meter musnah akibat tanah runtuh di Tibet

Agensi
Julai 11, 2020 14:36 MYT
Kejadian itu turut menyebabkan jambatan setinggi 20 meter runtuh di lebuh raya 318 di Pome, bandar Nyingchi dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
SATU kejadian tanah runtuh berlaku di Tibet yang dikuasai China pada Jumaat selepas hujan lebat melanda wilayah itu.
Kejadian itu turut menyebabkan jambatan setinggi 20 meter runtuh di lebuh raya 318 di Pome, bandar Nyingchi, sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Insiden tersebut memaksa tentera dan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi menyelamat pemandu yang terperangkap.
Malah kerja-kerja membaik pulih tergendala akibat banjir lumpur yang beterusan dan ia akan diteruskan apabila keadaan kembali tenang.
Manakala pembinaan semula jambatan tersebut dilaporkan akan mengambil masa memandangkan keadaan buruk ketika ini.
#China #hujan lebat #jambatan runtuh #tanah runtuh #Tibet