DUNIA
Jambatan baharu Incheon diiktiraf sebagai dek pemerhatian tertinggi dunia
Jambatan Ketiga Yeongjong-Cheongna di Incheon, Korea Selatan, diiktiraf Guinness World Records sebagai jambatan laut dengan dek pemerhatian tertinggi di dunia, setinggi 184.2 meter dari paras laut. -Foto Guinness World Records
INCHEON: Bandar raya Incheon, Korea Selatan, mencatat sejarah apabila jambatan laut terbaharunya, Jambatan Ketiga Yeongjong-Cheongna, diiktiraf Guinness World Records sebagai jambatan laut dengan dek pemerhatian tertinggi di dunia.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Jambatan sepanjang 4.68 kilometer yang menghubungkan Pulau Yeongjong — lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon — dengan Cheongna International City di daerah Seo-gu, dibuka secara rasmi kepada lalu lintas pada jam 2 petang Isnin, selepas lima tahun pembinaan.
Majlis perasmian turut menyaksikan penyerahan sijil Guinness World Records bagi pencapaian dek pemerhatian setinggi 184.2 meter dari paras laut, menjadikannya struktur seumpamanya yang tertinggi di dunia.
Acara tersebut diserikan dengan pertunjukan cahaya dan bunga api di ruang tepi laut di bawah jambatan.
Tidak seperti dua jambatan terdahulu — Jambatan Yeongjong dan Jambatan Incheon — yang hanya membenarkan kenderaan bermotor, Jambatan Ketiga ini turut menyediakan lorong khas untuk berbasikal dan berjalan kaki, menjadikannya tarikan baharu untuk rekreasi dan pelancongan.
Menurut pegawai bandar, perjalanan berbasikal dari Cheongna ke Yeongjong mengambil masa sekitar 20 minit.
Kerajaan Metropolitan Incheon turut mengumumkan bahawa kutipan tol akan dikecualikan untuk penduduk Incheon bermula April ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh mobiliti dan akses antara pulau dan tanah besar.
Pihak berkuasa tempatan berharap jambatan ini bukan sahaja akan mempercepatkan pergerakan ke lapangan terbang antarabangsa, malah menjadi mercu tanda baharu yang memperkukuh imej Incheon sebagai hab ekonomi dan pelancongan maritim.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Jambatan Ketiga Yeongjong-Cheongna di Incheon, Korea Selatan, diiktiraf Guinness World Records sebagai jambatan laut dengan dek pemerhatian tertinggi di dunia, setinggi 184.2 meter dari paras laut.
- Jambatan sepanjang 4.68 kilometer itu menyediakan lorong khas untuk berbasikal dan berjalan kaki, memberi ruang untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan.
- Kerajaan Metropolitan Incheon telah mengumumkan pengecualian kutipan tol bagi penduduk Incheon bermula April sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh mobiliti dan akses antara pulau dan tanah besar, meningkatkan imej bandar sebagai hab ekonomi dan pelancongan maritim.
Jambatan sepanjang 4.68 kilometer yang menghubungkan Pulau Yeongjong — lokasi Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon — dengan Cheongna International City di daerah Seo-gu, dibuka secara rasmi kepada lalu lintas pada jam 2 petang Isnin, selepas lima tahun pembinaan.
Majlis perasmian turut menyaksikan penyerahan sijil Guinness World Records bagi pencapaian dek pemerhatian setinggi 184.2 meter dari paras laut, menjadikannya struktur seumpamanya yang tertinggi di dunia.
Acara tersebut diserikan dengan pertunjukan cahaya dan bunga api di ruang tepi laut di bawah jambatan.
Tidak seperti dua jambatan terdahulu — Jambatan Yeongjong dan Jambatan Incheon — yang hanya membenarkan kenderaan bermotor, Jambatan Ketiga ini turut menyediakan lorong khas untuk berbasikal dan berjalan kaki, menjadikannya tarikan baharu untuk rekreasi dan pelancongan.
Menurut pegawai bandar, perjalanan berbasikal dari Cheongna ke Yeongjong mengambil masa sekitar 20 minit.
Kerajaan Metropolitan Incheon turut mengumumkan bahawa kutipan tol akan dikecualikan untuk penduduk Incheon bermula April ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh mobiliti dan akses antara pulau dan tanah besar.
Pihak berkuasa tempatan berharap jambatan ini bukan sahaja akan mempercepatkan pergerakan ke lapangan terbang antarabangsa, malah menjadi mercu tanda baharu yang memperkukuh imej Incheon sebagai hab ekonomi dan pelancongan maritim.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menjadikan Jambatan Ketiga Yeongjong-Cheongna di Incheon, Korea Selatan, istimewa?
A: Jambatan ini diiktiraf sebagai jambatan laut dengan dek pemerhatian tertinggi di dunia oleh Guinness World Records dengan ketinggian 184.2 meter dari paras laut. - Q: Apa yang membezakan Jambatan Ketiga Yeongjong-Cheongna daripada dua jambatan terdahulu di Incheon?
A: Jambatan Ketiga ini tidak hanya membenarkan kenderaan bermotor, tetapi juga menyediakan lorong khas untuk berbasikal dan berjalan kaki, menjadikannya tarikan baharu untuk rekreasi dan pelancongan. - Q: Berapakah panjang Jambatan Ketiga Yeongjong-Cheongna di Incheon, Korea Selatan?
A: Jambatan ini mempunyai panjang sebanyak 4.68 kilometer dan menghubungkan Pulau Yeongjong dengan Cheongna International City di daerah Seo-gu. - Q: Berapakah tempoh masa yang diambil untuk perjalanan berbasikal dari Cheongna ke Yeongjong melalui Jambatan Ketiga?
A: Perjalanan berbasikal dari Cheongna ke Yeongjong melalui Jambatan Ketiga mengambil masa kira-kira 20 minit. - Q: Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Metropolitan Incheon bagi meningkatkan mobiliti dan akses antara pulau dan tanah besar melalui Jambatan Ketiga Yeongjong-Cheongna?
A: Kutipan tol akan dikecualikan untuk penduduk Incheon bermula April ini sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh mobiliti dan akses antara pulau dan tanah besar.