CHANGCHUN: Sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu.
Insiden telah menyebabkan seorang pelancong terkandas di atas jambatan tersebut yang terletak di sebuah resort di wilayah Jilin di timur laut China.
Dalam kejadian di Gunung Piyan di kota Longjing itu, beberapa kepingan kaca dari jambatan setinggi 100 meter tersebut ditiup angin kencang dengan kekuatan sehingga 150 kilometer sejam, lapor The Straits Times.
Pelancong itu bagaimanapun berjaya diselamatkan setelah dia merangkak ke tebing jambatan dengan bantuan anggota bomba, polis, perhutanan dan pekerja pelancongan.
Dia kemudiannya dibawa ke hospital dan menerima kaunseling psikologi.
Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.
"Inilah sebabnya mengapa saya tidak berani menginjak kaki ke atas jambatan seperti itu," tulis seorang netizen yang menggelarkan dirinya Wadetian.
"Berapa kerapkah jambatan itu dibuat penyelenggaraan?" tanya netizen lain.
Jambatan kaca merupakan tarikan yang semakin popular di resort pergunungan di China.
Menurut majalah Earth yang diterbitkan oleh Geological Museum of China, sekurang-kurangnya 60 jambatan jenis itu telah atau sedang dibina di seluruh negara pada tahun 2016.
Astro Awani
Mon May 10 2021
Sebuah jambatan kaca di China rosak teruk apabila dilanda angin kuat yang membawa bersama hujan batu. -Gambar fail
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Jambatan kaca di Da Lat, Vietnam kini dibuka
Jambatan kaca Ngan Thong yang menghubungkan Thung Lung Tinh Yeu (Lembah Cinta) dan Bukit Mong Mo, iaitu dua tarikan pelancong utama di bandar peranginan Da Lat, kini dibuka kepada orang awam.
Jambatan kaca rosak dilanda hujan batu, pelancong terkandas
Insiden itu telah menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai tahap keselamatan jambatan kaca yang jumlahnya semakin meningkat di negara itu.
Jambatan kaca baru di China retak, pelancong lari ketakutan
Baru sahaja dibuka selama dua minggu, laluan jambatan gantung kaca di Hunan, China dilaporkan retak semalam sehingga menyebabkan pelancong berlari dalam ketakutan.