SINGAPURA: "COVID-19 bukanlah krisis terakhir bagi Singapura. Lebih banyak ribut dan badai menanti di hadapan, namun jangan gentar," kata Perdana Menteri republik itu Lee Hsien Loong kepada warga Singapura dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2022 hari ini.
"Selagi kita kekal bersatu dan teguh, kita boleh memastikan negara kita aman dan terjamin, membina ekonomi yang lebih makmur, dan membentuk masyarakat inklusif dan boleh dibanggakan, untuk tahun-tahun akan datang.
"Usah berhenti mengimpikan dan membina Singapura yang kita idamkan, ketika kita mengukuhkan kekuatan untuk menghadapi sebarang musibah," katanya.
Singapura akan menyambut Hari Kebangsaan yang ke 57 pada Selasa.
Lee yang menyampaikan ucapannya dari taman Gardens by the Bay yang turut meraikan ulang tahunnya yang ke-10, berkata rakyat Singapura "juga mesti memandang jauh ke hadapan."
Lee berkata taman itu mengambil masa beberapa dekad untuk disiapkan dan menyebut tempat beliau berdiri semasa berucap itu dahulunya adalah laut terbuka.
"Kira-kira 50 tahun lalu, kita mula tebus guna tanah di laut di sini untuk mewujudkan Marina South dan pusat bandar masa depan.
"Beginilah cara kita di Singapura... sentiasa berani mengejar impian, menetapkan sasaran seterusnya dan mencari penyelesaian yang lebih baik dan peluang-peluang baharu.
"Kami melihat dan merancang ke hadapan bukan sahaja untuk lima atau 10 tahun akan datang, tetapi untuk 30 atau 50 tahun akan datang dan seterusnya," kata beliau.
Menyentuh tentang persekitaran geopolitik, Lee berkata "jalan di hadapan pastinya penuh berliku."
Menurut Lee, hubungan AS-China yang semakin tegang, dengan beberapa isu yang sukar dibendung, serta pencerobohan Rusia ke atas Ukraine juga memberi kesan yang mendalam kepada dunia dan Singapura.
"Singapura akan berhadapan saingan dan ketegangan yang sengit di rantau sekitarnya," katanya.
Sementara itu, melihat kepada persekitaran ekonomi, Lee berkata meskipun ekonomi Singapura kembali pulih selepas pandemik, unjurannya tidak begitu baik."
"Sebelum Rusia menyerang Ukraine, wabak itu telah mengganggu rantaian bekalan, dan inflasi sudah meningkat. Tetapi pencerobohan itu telah memburukkan kedua-duanya.
"Harga makanan dan tenaga meningkat di seluruh dunia," katanya.
Lee berkata beliau "tahu bahawa kos sara hidup menjadi perkara utama yang difikirkan semua orang" dan "kerajaan melakukan segala yang diperlukan untuk membantu rakyat Singapura menghadapi kenaikan harga."
Antara lain, Lee berkata kerajaan telah mengetatkan dasar kadar pertukaran dan mengukuhkan dolar Singapura, untuk mengurangkan inflasi yang diimport.
"Kerajaan juga bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi untuk membantu rakyat Singapura jika keadaan menjadi lebih buruk. Tetapi realiti asasnya adalah keadaan ekonomi antarabangsa telah berubah.
"Dalam masa terdekat, dunia mungkin tidak akan kembali ke inflasi dan kadar faedah paras rendah yang telah kita nikmati dalam beberapa dekad kebelakangan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
LEE: Usah berhenti mengimpikan dan membina Singapura yang kita idamkan, ketika kita mengukuhkan kekuatan untuk menghadapi sebarang musibah. - Gambar fail/AP
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Singapura laksana laluan imigresen guna kod QR untuk penumpang bas mulai 16 Dis
ICA berkata pelaksanaan penuh di kedua-dua pusat pemeriksaan darat (Tuas dan Woodlands) disasarkan untuk selesai menjelang pertengahan Januari 2025.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
'Kahar: Kapla High Council' raih kutipan RM5.5 juta! Bakal masuk pawagam Singapura
"Kahar: Kapla High Council" bersedia menemui penonton di Singapura mulai Khamis, 5 Disember.
Ringgit lebih rendah daripada dolar AS dalam dagangan awal
Pada 8.02 pagi, ringgit susut kepada 4.4650/4750 daripada dolar AS daripada 4.4675/4720 semasa ditutup pada Selasa.
Kerajaan buat keputusan kekal perjanjian air sedia ada dengan Singapura
Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura.
Tiada keperluan runding semakan kadar air mentah ke Singapura - Akmal Nasrullah
Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, ia diputuskan menerusi perbincangan pada Oktober lalu antara pihaknya dengan Kerajaan Negeri Johor.
Kit ujian kendiri HIV tersedia di farmasi Singapura menjelang Januari 2025
Kit ujian kendiri HIV akan dijual di farmasi terpilih di Singapura menjelang akhir Januari 2025.
Pemasangan sistem rel RTS Link JB-Singapura bermula hujung 2024
Pemasangan sistem rel untuk Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura akan dimulakan menjelang akhir tahun ini.
Lee Hsien Loong sokong Lawrence Wong ketuai parti pemerintah singapura
Lee mengumumkan bahawa beliau akan terus berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat dalam peranan sokongan dan penasihat.
Dua rakyat Malaysia cedera terlibat kemalangan di Singapura, seorang di ICU
Dua rakyat Malaysia sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Singapura selepas motosikal dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Ekspreswe Seletar (SLE), Isnin malam.