Jangan terbiasa dengan penderitaan di Gaza, kata Mohamed Salah

Bernama
Disember 26, 2023 04:20 MYT
Mohamed Salah menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan Israel yang mengorbankan hampir 20,700 orang sejak 7 Okt. - Gambar fail AP
ISTANBUL: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah pada Isnin menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan Israel yang mengorbankan hampir 20,700 orang sejak 7 Okt, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Krismas adalah masa untuk keluarga berkumpul dan meraikannya. Semasa konflik yang berlaku di Asia Barat, terutamanya kematian dan kemusnahan di Gaza.
"Tahun ini, kami menyambut Krismas dengan hati yang sangat berat dan kami berkongsi kesedihan keluarga-keluarga yang bersedih kerana kehilangan orang tersayang," tulis Salah di akaun media sosialnya.
Pemain bola sepak Mesir itu juga menyeru peminatnya untuk "tidak melupakan mereka (rakyat Palestin di Gaza) dan tidak terbiasa dengan penderitaan mereka."
Salah menghadapi gelombang kritikan daripada peminatnya di seluruh dunia Arab kerana berdiam diri terhadap penderitaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan Israel.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza mengakibatkan sekurang-kurangnya 20,674 rakyat Palestin terbunuh manakala 54,536 lagi cedera. - BERNAMA
#Mohamed Salah #Solidariti Palestin #Penyerang Liverpool #israel serang gaza