Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang

Agensi
Februari 9, 2020 07:41 MYT
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad. - Gambar AP Newsroom.
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Penambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti seramai 70 di atas kapal tersebut manakala 96 di seluruh Jepun.
Memetik laporan CNN, beberapa ambulans yang membawa kakitangan perubatan tambahan telah dihantar ke bahagian dek kapal tersebut.
BACA: Koronavirus: Tiga lagi penumpang Diamond Princess positif
Tindakan itu diambil susulan sembilan penumpang kapal tersebut dibawa turun kerana mengalami masalah kesihatan lain yang tiada kaitan dengan novel koronavirus.
Semua penumpang berkenaan telah dibawa ke hospital bagi tujuan kuarantin.
#Ambulans #CNN #Diamond Princess #Jepun #koronavirus #Yokohama