awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad peluncur ais terkenal AS ditemui di Nepal

Astro Awani
Astro Awani
29/09/2022
01:15 MYT
Jasad peluncur ais terkenal AS ditemui di Nepal
Helikopter yang membawa jasad Hilaree Nelson tiba di sebuah hospital di Kathmandu, Nepal, 28 Sept 2022. (Foto AP)
JASAD pendaki dan peluncur terkenal Amerika Syarikat yang hilang selepas dipercayai terjatuh dari Gunung Manaslu di Nepal ditemui pada Rabu.
Hilaree Nelson, 49 tahun, dilaporkan hilang ketika bermain ski di puncak gunung kelapan tertinggi di dunia itu, yang mempunyai ketinggian 8,163 meter.
Dia ketika itu berada di puncak bersama pasangannya, Jim Morrison.
Malangnya, cubaan Nelson untuk turun gagal selepas dia terjatuh dari kawasan pergunungan tersebut dalam kejadian pada Isnin.
Susulan itu, pasukan penyelamat dikerahkan mencari mangsa.
Pencarian selama dua hari tidak menemui sebarang petunjuk selain terpaksa dihentikan susulan cuaca buruk.
Jasad Nelson ditemui pada Rabu dan diterbang untuk dipindahkan ke hospital di Kathmandu untuk bedah siasat.
Nelson, dari Telluride, Colorado, dan Morrison, dari Tahoe, California, merupakan pemain ski ekstrem yang pernah menawan puncak Gunung Lhotse, gunung keempat tertinggi di dunia, pada 2018.
Pada Isnin yang sama, runtuhan salji terjadi pada ketinggian yang lebih rendah di gunung yang sama, membunuh seorang lelaki Nepal dan mencederakan beberapa pendaki lain.
Topic Berkaitan
#pemain ski AS
#peluncur ais AS
#Nepal
#Gunung Manaslu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan