Jasad Ratu Elizabeth II tiba di Istana Buckingham

Astro Awani
September 14, 2022 00:15 MYT
Keranda yang membawa jasad Ratu Elizabeth II tiba di Istana Buckingham, London, 13 Sept 2022. REUTERS
KERANDA yang membawa jasad Ratu Elizabeth II tiba di Istana Buckingham, London, pada Selasa malam waktu tempatan.
Ketibaannya disambut orang ramai di pekarangan luar istana selepas dibawa dengan pesawat dari Scotland.
Walaupun dalam keadaan hujan, orang ramai berkumpul bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ratu itu.
Raja Charles III turut dijadual berada di istana berkenaan dan akan bermalam di situ.
Jasad mendiang dijadual dibawa ke Westminster Hall selama empat hari sebelum dimakamkan pada Isnin.
#Ratu Elizabeth II #Raja Charles III #Istana Buckingham #Westminster Hall