Jatuh sakit di Dewan Rakyat, Menteri Perniagaan UK jalani ujian COVID-19

Isabelle Leong
Jun 4, 2020 05:42 MYT
Menteri Perniagaan UK, Alok Sharma kurang sihat apabila menyampaikan ucapan berkenaan Rang Undang-undang Tadbir Urus Korporat dan Insolvensi. - Foto AP
Menteri Perniagaan United Kingdom (UK), Alok Sharma kini berehat di rumah dan diuji untuk COVID-19 selepas jatuh sakit di Dewan Rakyat pada Rabu.
Sharma kurang sihat apabila menyampaikan ucapan berkenaan Rang Undang-undang Tadbir Urus Korporat dan Insolvensi.
Memetik laporan Associated Press, kenyataan pejabat Sharma menyebut beliau kini sedang menjalani proses kuarantin di rumahnya.
Pada Selasa, ahli Parlimen mengundi untuk menamatkan sistem pengundian jarak jauh yang membenarkan mereka bekerja dari rumah sepanjang pelaksanaan perintah berkurung di negara itu.
Kerajaan UK berkata ahli Parlimen harus menjadi contoh kepada rakyatnya dengan kembali bekerja di pejabat dengan kelonggaran sekatan pergerakan secara beransur-ansur di negara itu.
BACA: UK buka semula kebanyakan kedai mulai Jun
BACA: Sekolah UK dibuka pada Jun secara berfasa
Sebelum ini, beberapa pegawai kanan dan menteri disahkan positif COVID-19 pada March dan April lalu.
Tidak dilupakan juga Perdana Menteri UK, Boris Johnson dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di London untuk tiga malam selepas disahkan positif jangkitan COVID-19.
#Alok Sharma #Boris Johnson #COVID-19 #Dewan Rakyat #diuji #Menteri Perniagaan #pengasingan kendiri #Perdana Menteri #sakit #United Kingdom