awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Arab-Islam kecam AS berhubung pembatalan visa delegasi Palestin

Bernama
Bernama
31/08/2025
02:20 MYT
Jawatankuasa Arab-Islam kecam AS berhubung pembatalan visa delegasi Palestin
Jawatankuasa itu turut menekankan keperluan menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan Presidennya, Mahmoud Abbas dalam melaksanakan program reformasi pentadbiran. - Foto fail/AP
ISTANBUL: Sebuah jawatankuasa menteri Arab-Islam mengenai Gaza pada Sabtu menyatakan rasa kesal terhadap keputusan Amerika Syarikat (AS) menolak permohonan visa delegasi Palestin yang dijadual menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York bulan depan, lapor Anadolu Ajansi.
Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menggesa pentadbiran AS mempertimbangkan semula keputusan berkenaan dan membatalkannya, sambil menekankan kepentingan menghormati kewajipan di bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB serta menyediakan ruang untuk dialog dan diplomasi.
Jawatankuasa itu turut menekankan keperluan menyokong Pihak Berkuasa Palestin dan Presidennya, Mahmoud Abbas dalam melaksanakan program reformasi pentadbiran serta komitmen yang telah ditegaskannya kepada para pemimpin dunia bagi menyokong keamanan dan memerangi keganasan, serta ekstremisme di tengah-tengah keadaan semasa yang menyaksikan peningkatan luar biasa terhadap rakyat Palestin.
Menurut jawatankuasa itu, sebarang langkah yang melemahkan Pihak Berkuasa Palestin hanya akan menjejaskan usaha damai dan mencetuskan konflik berpanjangan.
Pada Jumaat, Jabatan Negara AS mengumumkan pembatalan visa beberapa anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Pihak Berkuasa Palestin menjelang Perhimpunan Agung PBB, dengan alasan mereka gagal menolak "keganasan", menghasut keganasan serta meneruskan "kempen undang-undang" di Mahkamah Jenayah Antarabangsa serta Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Tindakan itu diambil ketika Perancis, United Kingdom, Kanada dan Australia mengumumkan hasrat mereka untuk mengiktiraf sebuah negara Palestin semasa mesyuarat agung itu berlangsung.
Jurucakap PBB Stephane Dujarric memberitahu wartawan bahawa pihaknya hanya mengetahui keputusan AS itu melalui laporan media dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Washington.
Beliau menegaskan semua perwakilan yang berhak menghadiri perhimpunan itu harus diberikan kebebasan untuk menyertainya.
Pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Riyadh pada 11 Nov 2023, Turkiye, Palestin, Indonesia, Qatar, Mesir, Nigeria, Arab Saudi, Jordan serta setiausaha agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab telah ditugaskan melaksanakan inisiatif antarabangsa bagi mencapai keamanan menyeluruh dan berkekalan di Gaza. Kemudian, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu turut menyertai usaha itu.
Jawatankuasa berkenaan, yang juga dikenali sebagai Kumpulan Perhubungan Gaza, telah mengadakan pelbagai inisiatif di ibu negara termasuk London, Paris, New York, Washington, Ottawa, Brussels, Oslo, Madrid, Kaherah dan Amman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jawatankuasa menteri Arab-Islam
#Gaza
#Visa
#delegasi Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan