awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JD Vance berlepas Tel Aviv perkukuh rundingan gencatan senjata Gaza

Agensi
Agensi
20/10/2025
23:20 MYT
JD Vance berlepas Tel Aviv perkukuh rundingan gencatan senjata Gaza
JD Vance berlepas ke Tel Aviv pada Isnin dalam usaha mempertingkatkan diplomasi bagi mengembalikan pelan gencatan senjata Gaza. - Gambar Reuters
MARYLAND: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance berlepas ke Tel Aviv, Israel pada Isnin dalam usaha mempertingkatkan diplomasi bagi mengembalikan pelan gencatan senjata Gaza.
Langkah itu diambil susulan komitmen semula Israel dan Hamas terhadap pelan gencatan senjata yang telah dirunding oleh Presiden AS, Donald Trump.
Ini selepas insiden keganasan pada Ahad yang menyaksikan sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza.
Lawatan Vance ke Tel Aviv dijangka menjadi sebahagian daripada usaha diplomatik Amerika Syarikat untuk memperkukuh pelan gencatan senjata di Gaza susulan ketegangan yang semakin memuncak di rantau itu.
Dalam pada itu, persiapan sedang giat dilakukan bagi menyambut ketibaan Vance di Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv.
Pihak berkuasa turut memaklumkan, gangguan trafik dijangka berlaku di sekitar kawasan Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv antara pukul 10.30 pagi hingga 1.30 tengah hari waktu tempatan.
Beberapa penerbangan juga akan dipindahkan ke terminal lain sebagai langkah mengurangkan kesesakan dan memastikan kelancaran operasi semasa lawatan rasmi tersebut. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#Hamas
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan