INTERNATIONAL
Jejak Al-Haramain: Che Loh dijemput Ilahi ketika tawaf sunat kelima
Allahyarham yang dikenali sebagai ‘Che Loh Juru Ukur’, merupakan anak kariah masjid berkenaan. - Gambar Facebook Masjid Kasar Mukim Pasir Mas
MEKAH: Jemaah haji, Allahyarham Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Isnin, dikatakan ketika dalam pusingan tawaf sunat kelima.
Menurut hantaran di Facebook Masjid Kasar Mukim Pasir Mas, Allahyarham yang dikenali sebagai ‘Che Loh Juru Ukur’, merupakan anak kariah masjid berkenaan.
Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata seorang lagi jemaah Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci, Mekah, akibat serangan jantung.
Allahyarham adalah jemaah dari Maktab 89A yang menginap di Abraj al Janadriyah, yang ditemani oleh isterinya sepanjang perjalanan haji.
Tabung haji akan menguruskan badal haji dan urusan berkaitan lain.
Ini adalah kes kedua membabitkan kematian jemaah haji Malaysia di Tanah Suci selepas Allahyarhamah Norizah Tambonan, 47, yang dilaporkan meninggal dunia Jumaat lalu akibat serangan jantung.