awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jejambat di lebuh raya di Philadelphia runtuh selepas lori terbakar

Bernama
Bernama
12/06/2023
03:24 MYT
Jejambat di lebuh raya di Philadelphia runtuh selepas lori terbakar
Sebahagian daripada jejambat di sebuah lebuh raya di Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarikat roboh selepas sebuah lori tangki yang membawa petrol terbakar di bawahnya. - REUTERS
NEW YORK: Sebahagian daripada jejambat di lebuh raya yang sibuk di Philadelphia di Pennsylvania, Amerika Syarikat roboh selepas sebuah lori tangki yang membawa petrol terbakar di bawah jejambat itu, lapor Xinhua pada Isnin.
Gabenor Pennsylvania Josh Shapiro berkata tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengenal pasti mana-mana individu yang mungkin telah terperangkap dalam kejadian itu.
Beliau berkata bahagian utara lebuh raya itu runtuh sepenuhnya, manakala lorong arah selatan tidak selamat untuk digunakan dan akan mengambil masa "beberapa bulan" untuk baik pulih.
Lalu lintas di kedua-dua arah lebuh raya itu ditutup. Klip video menunjukkan kenderaan kecemasan berkumpul di sekitar jejantas yang runtuh itu.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata pihaknya akan menghantar pasukan untuk menyiasat punca kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori terbakar
#jambatan runtuh
#Pennsylvania Amerika Syarikat
#lebuh raya runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan