DUNIA

Jejantas dalam pembinaan runtuh, hempap treler bawa kren

Astro Awani 23/08/2025 | 10:40 MYT
Kejadian yang dilaporkan berlaku jam 9 malam tadi turut mengakibatkan sebuah lori treler membawa kren dihempap runtuhan. -Foto Facebook/Yanathicha Buapuean
CHANTHABURI: Sebuah jejantas pejalan kaki konkrit seberat 100 tan yang masih dalam pembinaan runtuh di sebuah lebuh raya di daerah Makham, Thailand malam tadi.


Ringkasan AI
  • Sebuah jejantas pejalan kaki konkrit seberat 100 tan runtuh di lebuh raya daerah Makham, Thailand, dipercayai akibat kegagalan struktur menampung berat sendiri.
  • Sebuah lori treler membawa kren dihempap runtuhan, mengalami kerosakan teruk, namun pemandu terselamat tanpa cedera dan tiada mangsa lain dilaporkan.
  • Laluan ditutup sementara untuk kerja pembersihan dan siasatan, dengan pihak berkuasa menyiasat punca kejadian termasuk kemungkinan kecuaian pembinaan atau kelemahan struktur sokongan.


Menurut laporan media tempatan, kejadian yang dilaporkan berlaku jam 9 malam itu turut mengakibatkan sebuah lori treler membawa kren dihempap runtuhan.

Struktur jejantas yang belum siap itu dipercayai gagal menampung berat sendiri, menyebabkan ia runtuh ke atas laluan utama lebuh raya.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Lori treler yang berada tepat di bawah jejantas ketika kejadian mengalami kerosakan teruk pada bahagian kabin dan muatan, namun pemandu dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Tiada mangsa lain dilaporkan terlibat.

Pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat segera dikerahkan ke lokasi untuk kerja-kerja pembersihan dan siasatan.

Laluan tersebut ditutup sementara bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan membolehkan pemeriksaan struktur dilakukan.

Jurucakap Jabatan Kejuruteraan Awam Chanthaburi memaklumkan bahawa siasatan awal sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar runtuhan, termasuk kemungkinan kecuaian pembinaan atau kelemahan struktur sokongan.









#jejantas pejalan kaki #lebuh raya daerah Makham Thailand #kegagalan struktur #dihempap runtuhan