INTERNATIONAL

Jelajah Xi Jinping: Trump dakwa pertemuan untuk 'menjatuhkan' Amerika

Harits Asyraf Hasnan 16/04/2025 | 04:10 MYT
Presiden Trump (kiri) mendakwa, jelajah Presiden Xi Jinping ke beberapa negara ASEAN minggu ini dianggap sebagai usaha untuk 'menjatuhkan' Amerika Syarikat.
JELAJAH Presiden China, Xi Jinping ke beberapa negara ASEAN minggu ini dianggap sebagai usaha untuk 'menjatuhkan' Amerika Syarikat (AS).

Itu respond Presiden AS, Donald Trump susulan perang dagang yang memuncak akan dua kuasa ekonomi global itu.

Jinping yang tiba dari Vietnam pada Selasa, ketika ini berada di Kuala Lumpur dalam rangka lawatan negara tiga hari, sebelum ke Kemboja pada Khamis.

"Saya tak salahkan China. Saya tak salahkan Vietnam. Saya nampak mesyuarat mereka hari ini (pada Isnin).

"Menarik bukan? Dan pertemuan itu sangat indah (lovely meeting).

"Mesyuarat itu seperti mencari cara untuk 'menjatuhkan' Amerika Syarikat," katanya.

Jinping hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara dan diberi sambutan negara.

Sultan Ibrahim juga berkenan meraikan Jinping dan delegasinya dalam satu majlis santapan negara.

Pada sebelah petang, Jinping yang diiringi Menteri-Menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Dalam pertemuan dua hala itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dua hala serta bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.






#Xi Jinping #Jelajah Xi Jinping #Lawatan Negara #Donald Trump