DUNIA
Jenayah genosid Israel: Laporan PBB bukan sekadar simbolik, ada kesan langsung - Penganalisis

Aset ketenteraan Israel di Gaza. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Laporan Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menyimpulkan Israel melakukan genosid ke atas Gaza bukan sekadar simbolik.
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Siasatan PBB menyimpulkan bahawa Israel melakukan jenayah genosid, dengan bukti satelit, wawancara mangsa dan kenyataan pemimpin Israel dijadikan asas siasatan.
- Prof. Madya Aminurraasyid Yatiban menegaskan laporan ini menguatkan naratif bahawa negara yang menyokong Israel secara langsung atau tidak langsung turut menghalalkan pertumpahan darah.
- Azril Mohd Amin dari CENTHRA menyatakan laporan ini berwibawa di sisi undang-undang antarabangsa dan mampu mencetuskan tekanan global untuk menghentikan perang di Gaza.
“Sebelum ini naratif (perang Israel ke atas Gaza) di Argentina lebih kepada kebuluran, memangsakan rakyat di Gaza, pengepungan zalim dan sebagainya.
“Tetapi kali ini, sekiranya negara masih bersekongkol dengan Israel, maka naratif yang boleh dibangkitkan adalah bagaimana negara mereka tidak boleh terkait secara langsung atau tidak langsung dengan genosid yang dilakukan oleh Israel,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.
Jenayah Genosid Israel: Laporan PBB bukan sekadar simbolik, ada kesan langsung - Penganalisis
Tambahnya, penerbitan laporan ini juga diharapkan mampu menyumbang kepada momentum yang lebih besar untuk mendesak perang ke atas Gaza dihentikan.Dalam temu bual sama, Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin pula menjelaskan laporan daripada suruhanjaya PBB ini sangat istimewa kerana ia mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk membuktikan genosid sedang berlaku di Palestin.
"Kajian yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ini menggunakan, contohnya, bukti-bukti satelit, wawancara mangsa, turun ke Gaza dan ambil kenyataan pemimpin kanan Israel yang ada niat untuk hapuskan Palestin.
“Kedudukan (laporan Suruhanjaya) ini dalam neraca undang-undang antarabangsa adalah lebih berwibawa, berautoriti dan boleh digunakan di mahkamah,” ujarnya,
Menurutnya, laporan tersebut bukan sekadar bersifat simbolik, sebaliknya rejim haram Israel perlu rasa takut dan bimbang terhadap kesan yang bakal menimpanya jika genosid di Gaza tidak dihentikan.
Dialog Tiga Penjuru: PBB sahkan Israel lakukan jenayah genoside di Gaza

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami