DUNIA

Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow

Astro Awani 06/02/2026 | 09:15 MYT
Alekseyev (foto) dalam keadaan kritikal selepas ditembak beberapa kali dalam serangan di bangunan kediaman di barat laut Moscow. -Foto fail/Reuters
MOSCOW : Jeneral kanan Rusia, Lt Jen Vladimir Alekseyev, dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak beberapa kali dalam satu serangan di sebuah bangunan kediaman di barat laut Moscow pagi Jumaat.


Ringkasan AI
  • Jeneral kanan Rusia, Lt. Jen. Vladimir Alekseyev, dalam keadaan kritikal selepas ditembak beberapa kali dalam serangan di bangunan kediaman di barat laut Moscow.
  • Alekseyev, Timbalan Ketua Pertama Direktorat Utama Risikan (GRU) Kementerian Pertahanan Rusia, ditembak oleh individu tidak dikenali sebelum melarikan diri.
  • Kebimbangan keselamatan tokoh ketenteraan di Moscow meningkat selepas serangan ke atas Alekseyev, yang merupakan antara siri serangan terhadap komander tentera Rusia sejak konflik Ukraine bermula.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Alekseyev merupakan Timbalan Ketua Pertama Direktorat Utama Risikan (GRU) Kementerian Pertahanan Rusia.

Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, seorang individu tidak dikenali melepaskan beberapa das tembakan ke arah Alekseyev sebelum melarikan diri.

Pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup dan mengumpul keterangan saksi bagi mengenal pasti suspek.

Agensi itu mengesahkan mangsa telah dikejarkan ke hospital, namun tahap kecederaannya tidak didedahkan.

Alekseyev, yang pernah mengetuai operasi perisikan Rusia di Syria dan terlibat dalam rundingan dengan ketua Wagner, Yevgeny Prigozhin semasa pemberontakan singkat kumpulan itu pada 2023, merupakan antara pegawai tertinggi yang menjadi sasaran dalam siri serangan terhadap komander tentera Rusia sejak konflik Ukraine bermula.

Serangan ini berlaku kira-kira sebulan selepas Lt Jen Fanil Sarvarov terbunuh akibat letupan bom di bawah keretanya di kawasan ibu negara.

Serangan terhadap Alekseyev menyemarakkan kebimbangan mengenai keselamatan tokoh ketenteraan di Moscow ketika perang Rusia–Ukraine memasuki tahun keempat.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI



#Vladimir Alekseyev #Jeneral kanan Rusia #Timbalan Ketua Pertama Direktorat Utama Risikan GRU #kritikal selepas ditembak
Sila isi emel yang sah! Sila isi emel yang sah!
Terima kasih atas langganan anda
Terima kasih atas langganan anda