[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
INTERNATIONAL

Jeneral kanan tentera Rusia terbunuh dalam letupan kereta

Astro Awani 25/04/2025 | 11:14 MYT
Bom dipercayai diletakkan pada sebuah kereta Volkswagen Golf dan diletupkan dari jauh ketika Moskalik berjalan menuju ke kenderaan tersebut. -Reuters
MOSCOW: Jeneral kanan tentera Rusia, Leftenan Yaroslav Moskalik terbunuh dalam satu letupan kereta di bandar Balashikha, kira-kira 20 kilometer di timur Moscow.

Ringkasan AI
  • Jeneral kanan tentera Rusia, Leftenan Yaroslav Moskalik, terbunuh dalam letupan kereta di Balashikha, dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri.
  • Bom tersebut diletakkan di sebuah kereta Volkswagen Golf dan diletupkan dari jauh ketika Moskalik berjalan menuju ke kenderaan tersebut.
  • Pihak berkuasa telah membuka siasatan jenayah, namun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab setakat ini.

Insiden dilaporkan berlaku pada Jumaat pagi, waktu tempatan.
Menurut Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri yang dipenuhi serpihan logam.
Bom itu diletakkan di sebuah kereta jenis Volkswagen Golf dan dipercayai diletupkan dari jauh ketika Moskalik berjalan menuju ke kenderaan tersebut.
Memetik laporan CNN, pihak berkuasa telah membuka siasatan jenayah berhubung insiden terbabit.
Namun, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Insiden itu berlaku hanya dua hari selepas serangan udara besar-besaran Rusia ke atas Ukraine, yang mengorbankan beberapa orang awam.
#Leftenan Jeneral #serangan bom #Yaroslav Moskalik #Volkswagen Golf