DUNIA
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Leftenan Jeneral Vladimir Alexeyev dibawa ke hospital selepas insiden tembakan di sebuah blok pangsapuri kediaman. - Foto REUTERS
MOSCOW: Seorang jeneral kanan tentera Rusia ditembak beberapa kali dan cedera dalam satu serangan di Moscow, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.
Ringkasan AI
Leftenan Jeneral Vladimir Alexeyev, 64, dibawa ke hospital selepas insiden tembakan di sebuah blok pangsapuri kediaman di kawasan pinggir barat laut ibu negara.
Keadaannya dilaporkan serius, manakala penyerang melarikan diri dari lokasi kejadian.
Alexeyev merupakan timbalan ketua Direktorat Utama Perisikan Tentera Rusia (GRU) dan menjadi pegawai tentera berpangkat tinggi terbaharu yang disasarkan di atau sekitar Moscow sejak Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, namun pegawai kanan Rusia segera menuding jari kepada Ukraine, dengan mendakwa Kyiv cuba menggagalkan rundingan untuk menamatkan perang.
“Mangsa telah dibawa ke salah sebuah hospital di bandar ini,” kata Svetlana Petrenko daripada Jawatankuasa Siasatan Rusia (SK), sambil memaklumkan satu kes jenayah cubaan membunuh telah dibuka.
Penyiasat kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mula menemu bual saksi berpotensi pada pagi Jumaat di Lebuhraya Volokolamsk, lokasi kejadian tembakan.
Seorang jiran Alexeyev memberitahu agensi berita Reuters bahawa dia terjaga akibat bunyi “beberapa das tembakan” sebelum mendengar jeritan meminta tolong daripada jiran lain.
“Itu sahaja yang saya dengar. Jiran-jiran lain turut keluar dan bertanya bagaimana mereka boleh membantu, sama ada perlu menghubungi ambulans dan polis, tetapi dia sudah pun menghubungi mereka,” katanya.
Alexeyev memainkan peranan penting dalam perang di Ukraine, termasuk menyertai rundingan dengan pihak Ukraine semasa pengepungan bandar Mariupol oleh Rusia pada 2022.
Beliau sebelum ini dianugerahkan gelaran Hero Rusia atas peranannya dalam campur tangan ketenteraan Moscow dalam perang saudara di Syria.
Beliau turut dikenakan sekatan oleh Kesatuan Eropah dan United Kingdom selepas GRU dituduh terlibat dalam serangan agen saraf di Salisbury, UK, pada 2018.
Alexeyev juga pernah dihantar berunding dengan ketua kumpulan tentera upahan Wagner, Yevgeny Prigozhin, yang mengetuai pemberontakan singkat dan berdarah pada Jun 2023.
Ketua GRU, Igor Kostyukov, kini mengetuai pasukan rundingan Rusia dalam perbincangan damai dengan delegasi Ukraine dan Amerika Syarikat di Abu Dhabi.
Pusingan rundingan terbaharu berakhir pada Khamis tanpa sebarang kejayaan besar.
Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov, menyifatkan insiden itu sebagai “tindakan pengganas” yang bertujuan “mengganggu proses rundingan”.
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, berkata Presiden Vladimir Putin telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
“Kami berharap yang paling utama ialah jeneral itu dapat selamat dan pulih,” kata Peskov kepada pemberita.
Ukraine setakat ini tidak mengulas, namun sebelum ini mengakui terlibat dalam beberapa serangan ke atas tokoh tentera Rusia.
Bulan lalu, pihak perisikan Rusia mendakwa mereka berjaya menggagalkan cubaan serangan ke atas seorang anggota tentera Rusia di St Petersburg.
Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga Uzbekistan dipenjarakan pada Januari kerana membunuh seorang lagi jeneral Rusia, Igor Kirillov, dalam letupan di luar sebuah blok pangsapuri di Moscow pada 2024.
Sumber dalam agensi perisikan SBU Ukraine ketika itu berkata mereka berada di sebalik serangan berkenaan.
Pada Disember 2025, seorang lagi pegawai kanan GRU, Leftenan Jeneral Fanil Sarvarov, terbunuh apabila bahan letupan meletup di bawah sebuah kereta di Moscow, menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia.
Ringkasan AI
- Leftenan Jeneral Vladimir Alexeyev, timbalan ketua Direktorat Utama Perisikan Tentera Rusia (GRU), cedera dalam serangan tembakan di Moscow, menyebabkan keadaan serius, tanpa pengakuan pihak bertanggungjawab.
- Kes tembakan ini mencetuskan spekulasi mengenai kemungkinan kaitan dengan Rusia dan Ukraine, yang turut mempengaruhi proses rundingan damai antara kedua negara di Abu Dhabi.
- Insiden ini menandakan kesinambungan serangan ke atas pegawai tentera Rusia, termasuk pembunuhan Leftenan Jeneral Igor Kirillov pada 2024, serta pengeboman yang mengorbankan Leftenan Jeneral Fanil Sarvarov pada Disember 2025.