awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun bakal wajibkan ujian saringan COVID-19 pelancong dari China

Bernama
Bernama
27/12/2022
12:35 MYT
Jepun bakal wajibkan ujian saringan COVID-19 pelancong dari China
Langkah itu terpakai kepada pelancong dari tanah besar China dan mereka yang melawat negara itu dalam tempoh tujuh hari. - Gambar hiasan/ Reuters
MOSCOW: Kerajaan Jepun bakal mewajibkan ujian saringan COVID-19 kepada pelancong dari China bermula 30 Dis berikutan peningkatan jumlah kes di negara itu, lapor media Jepun pada Selasa.
Langkah itu terpakai kepada pelancong dari tanah besar China dan mereka yang melawat negara itu dalam tempoh tujuh hari.
Pelancong berkenaan dikehendaki mengambil ujian saringan COVID-19 sebaik tiba di Jepun, jika keputusan positif mereka perlu menjalani kuarantin selama tujuh hari.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Fumio Kishida pada Selasa, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo.
Pada November, China menyaksikan peningkatan rekod kes COVID-19 melibatkan jangkitan tempatan yang menyaksikan langkah sekatan pergerakan diperketatkan di beberapa bandar utama termasuk Beijing dan Shanghai bemula 24 Nov.
Beberapa bandar seperti Shanghai, Beijing, Guangzhou, Wuhan dan lain-lain telah dilanda protes besar-besaran menuntut sekatan pergerakan dan ujian saringan PCR ditarik balik serta pelonggaran sekatan COVID-19.
Pada Jumaat, media melaporkan kira-kira 37 juta penduduk di China mungkin dijangkiti COVID-19 dalam sehari.
Difahamkan sehingga 248 juta orang atau hampir 18 peratus penduduk berkemungkinan dijangkiti virus itu dalam 20 hari pertama pada Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#China
#COVID-19
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan