DUNIA
Jepun cadang guna buku teks digital sepenuhnya mulai 2030
Jepun rancang penggunaan buku teks digital sepenuhnya di sekolah rendah dan menengah mulai tahun akademik 2030, dengan pelaksanaan berperingkat bermula 2028. -Gambar hiasan/Adobe Stock Photo
TOKYO: Kerajaan Jepun rancang melaksanakan penggunaan buku teks digital sepenuhnya di sekolah rendah dan menengah bermula tahun akademik 2030, sebagai sebahagian daripada usaha mempercepat transformasi digital dalam sektor pendidikan negara itu.
Ringkasan AI
Menurut Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun (MEXT), buku teks digital akan diiktiraf sebagai bahan pembelajaran rasmi dan tertakluk kepada proses saringan kerajaan, sama seperti buku teks bercetak yang digunakan ketika ini.
“Buku teks digital akan diberikan secara percuma kepada pelajar dan boleh diakses melalui peranti seperti tablet atau komputer riba,” kata jurucakap MEXT dalam satu kenyataan hari ini.
Langkah itu dijangka dilaksanakan secara berperingkat bermula 2028, dengan pindaan undang-undang berkaitan dijadualkan pada tahun fiskal 2025.
Lembaga pendidikan tempatan akan diberi kuasa untuk memilih antara versi digital atau bercetak, bergantung kepada keperluan dan tahap kesediaan sekolah masing-masing.
Bagaimanapun, penggunaan sepenuhnya buku teks digital bagi pelajar tahun awal sekolah rendah mungkin ditangguhkan, memandangkan tahap perkembangan kognitif mereka yang masih belum matang.
Kajian awal kementerian mendapati hampir 40 peratus guru menghadapi kesukaran teknikal seperti skrin beku dan masalah log masuk semasa menggunakan bahan digital.
Terdapat juga kebimbangan bahawa jurang pencapaian akademik boleh meningkat jika pelajar dibiarkan menggunakan peranti tanpa bimbingan guru.
MEXT kini sedang mengumpul maklum balas daripada pihak berkepentingan termasuk guru, ibu bapa dan pakar pendidikan sebelum membentangkan laporan akhir menjelang musim luruh 2025.
Ringkasan AI
- Jepun rancang penggunaan buku teks digital sepenuhnya di sekolah rendah dan menengah mulai tahun akademik 2030, dengan pelaksanaan berperingkat bermula 2028.
- Buku teks digital akan diiktiraf sebagai bahan rasmi dan diberikan percuma kepada pelajar, namun pelajar tahun awal sekolah rendah mungkin dikecualikan atas faktor perkembangan kognitif.
- Kajian awal mendapati cabaran teknikal dan risiko jurang pencapaian akademik, dan MEXT kini mengumpul maklum balas sebelum membentangkan laporan akhir menjelang musim luruh 2025.