Skip to main content

Dunia

Jepun dan Amerika Syarikat bersetuju perkukuhkan kerjasama

41361574777_295x200.jpg
Advertisement
Jepun dan Amerika Syarikat bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama ekonomi kedua-negara.

Itu antara hasil awal pertemuan antara perdana menteri Jepun Shinzo Abe dengan presiden Amerika Syarikat  Barack Obama yang berlangsung sejak Khamis.

Bagi Abe persefahaman kukuh antara Jepun-Amerika Syarikat bukan sekadar berkisar kepada polisi hubungan luar semata-mata.

Dalam pada itu Obama mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada Abe yang terpilih semula sebagai perdana menteri selepas meletak jawatan pada 2007.

Kedua-dua pemimpin juga menjadikan pelancaran roket dan ujian nuklear oleh Korea Utara sebagai agenda utama perbincangan.

Mereka menegaskan masyarakat antarabangsa tidak akan bertolak ansur dengan tindakan negara komunis itu.

Must Watch Video

Advertisement