TOKYO: Jepun dijangka menggandakan bilangan pelancong yang dibenarkan memasuki negara itu kepada 20,000 sehari pada Jun.

Negara matahari terbit itu juga dijangka menarik balik larangan ke atas pelancong asing pada bulan berikutnya.⁠

Laporan juga menunjukkan kerajaan negara itu sedang mempertimbang membatalkan keperluan ujian COVID-19 untuk pelancong yang sudah lengkap vaksinasi di lapangan terbang.⁠

Ketika ini, hanya 10,000 warga Jepun, penduduk tetap, ahli perniagaan dan pelajar asing dibenar memasuki negara itu setiap hari.

Kemasukan pelancong asing tidak dibenarkan sama sekali.⁠

Bar dan restoran baru-baru ini dibenar dibuka semula sepenuhnya selepas lebih dua tahun.⁠

Dengan jumlah jangkitan kekal di bawah 50,000 kes baharu setiap hari, kerajaan Jepun secara beransur-ansur melonggarkan sekatan yang merupakan antara paling ketat di dunia.⁠