DUNIA
Jepun, EU bentuk 'Perikatan Kompetitif' untuk perkuat hubungan perdagangan
Jepun dan EU juga akan berusaha meningkatkan penglibatan dengan ekonomi membangun di Selatan Global, mempromosikan nilai bersama.
BRUSSELS: Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) bakal melancarkan "Perikatan Kompetitif" bagi meningkatkan daya tahan syarikat serta memperkukuh kerjasama perdagangan dan keselamatan ekonomi, lapor agensi berita Kyodo memetik sumber diplomatik pada Sabtu.
Inisiatif itu dijangka diumumkan pada sidang kemuncak Julai depan, yang akan menyaksikan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba menjadi tuan rumah kepada Presiden Majlis Eropah, Antonio Costa dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.
Rangka kerja baharu ini bertujuan mengukuhkan usaha kedua-dua pihak untuk mempertahankan aturan ekonomi berasaskan peraturan.
Ia akan memperkukuh perjanjian perdagangan bebas sedia ada antara Jepun dan EU, menghapuskan tarif dan halangan perdagangan lain antara kedua-dua ekonomi yang secara gabungan mewakili 20 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) global.
Di bawah perikatan itu, Jepun dan EU akan bekerjasama bagi mempelbagaikan rantaian bekalan bagi mineral nadir bumi, di tengah kebimbangan terhadap sekatan eksport China ke atas sumber penting yang digunakan dalam telefon pintar dan pembuatan teknologi tinggi.
Rangka kerja itu turut merangkumi rancangan untuk menyelaraskan dasar subsidi bagi teknologi hijau, termasuk kenderaan elektrik dan pengeluaran hidrogen, bagi mengurangkan kos pembangunan dan memastikan persaingan yang adil untuk pengilang di kedua-dua pihak.
Dalam konteks perdagangan global, perikatan itu akan menyokong reformasi di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Jepun dan EU juga akan berusaha meningkatkan penglibatan dengan ekonomi membangun di Selatan Global, mempromosikan nilai bersama seperti perdagangan bebas dan adil, serta pematuhan kepada kedaulatan undang-undang.
Sementara itu, EU sedang meninjau kerjasama lebih erat dengan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), yang turut dianggotai Jepun, United Kingdom dan 10 negara lain.
Beberapa anggota EU turut menyeru kerjasama lebih mendalam dalam menetapkan peraturan berkaitan perdagangan digital dan amalan perniagaan yang berkaitan dengan iklim.
-- BERNAMA