awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun, EU mahu kukuhkan kerjasama peraturan AI

Bernama
Bernama
04/07/2023
12:33 MYT
Jepun, EU mahu kukuhkan kerjasama peraturan AI
Breton berkata EU dan Jepun memiliki hubungan ekonomi yang sangat baik dan berkongsi kebimbangan yang sama mengenai keselamatan ekonomi.- - Gambar hiasan/Freepik
TOKYO: Jepun dan Kesatuan Eropah (EU) akan mengukuhkan kerjasama dalam bidang digital, termasuk mengadakan perbincangan berkala mengenai peraturan kecerdasan buatan (AI).
Dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, kedua-dua pihak turut sepakat untuk meneruskan perbincangan mengenai kepentingan infrastruktur komunikasi yang terbuka dan selamat memandangkan piawaian komunikasi pembangunan teknologi generasi keenam atau 6G sudah bermula.
Kenyataan bersama itu diterima pakai pada mesyuarat peringkat menteri di Tokyo, dihadiri Menteri Digital Jepun Taro Kono dan Menteri Komunikasi Takeaki Matsumoto serta Pesuruhjaya Eropah bagi Pasaran Dalaman Thierry Breton, lapor Jiji Press.
Dalam sidang akhbar dalam talian, Breton berkata EU dan Jepun memiliki hubungan ekonomi yang sangat baik dan berkongsi kebimbangan yang sama mengenai keselamatan ekonomi.
"Kami mengesahkan bahawa kami akan lebih bersatu berbanding sebelum ini," kata Kono.
Menjelang mesyuarat peringkat menteri, Matsumoto dan Breton mengadakan perbincangan dan bertukar memorandum kerjasama mengenai kabel dasar laut yang menghubungkan Jepun dan EU.
Kedua-dua pegawai itu berkongsi pandangan bahawa kabel bawah laut melalui Lautan Artik dapat mendorong pemulihan pengedaran data dan bersetuju untuk menggalakkan kerjasama berdasarkan pendapat negara-negara dan syarikat berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AI
#EU
#Lautan Artik
#Memorandum Kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan