awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun: Fumio Kishida menang pemilihan Presiden LDP

Bernama
Bernama
29/09/2021
09:03 MYT
Jepun: Fumio Kishida menang pemilihan Presiden LDP
Kishida, bekas Menteri Luar memperoleh 257 undi pada pusingan akhir mengatasi pencabarnya Taro Kono yang mendapat 170 undi. - AP
TOKYO: Fumio Kishida memenangi pemilihan Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), parti yang memerintah Jepun dan bakal menggantikan Perdana Menteri Yoshihide Suga, lapor Xinhua.
Kishida, bekas Menteri Luar memperoleh 257 undi pada pusingan akhir mengatasi pencabarnya Taro Kono yang mendapat 170 undi.
Memandangkan gabungan diketuai LDP membentuk majoriti di kedua-dua dewan Parlimen, presiden parti yang baharu hampir pasti dipilih sebagai Perdana Menteri dalam sidang Parlimen (Diet) luar biasa yang dijadual pada 4 Okt.
Pada pusingan pertama pengundian, Kishida memperoleh 256 undi manakala Kono dengan 255 undi.
Dua calon wanita iaitu bekas Menteri Komunikasi Sanae Takaichi dan pemangku Setiausaha Agung Eksekutif LDP Seiko Noda tewas dalam kesemua pusingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#LDP
#Perdana Menteri
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan