Skip to main content

Dunia

Jepun ingatkan orang ramai waspada cendawan beracun

Lebih 540 orang mengalami keracunan makanan akibat memakan cendawan beracun dalam tempoh 10 tahun hingga 2025 di Jepun, dengan beberapa kes mengakibatkan kematian.. - Gambar hiasan
Lebih 540 orang mengalami keracunan makanan akibat memakan cendawan beracun dalam tempoh 10 tahun hingga 2025 di Jepun, dengan beberapa kes mengakibatkan kematian.. - Gambar hiasan

Advertisement

TOKYO: Kementerian Kesihatan Jepun memberi amaran kepada orang ramai yang merancang mengunjungi kawasan pergunungan pada musim luruh supaya berwaspada terhadap cendawan beracun yang menyerupai jenis boleh dimakan kerana boleh membawa maut, lapor Kyodo News.

Menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan Jepun, lebih 540 orang mengalami keracunan makanan akibat memakan cendawan beracun dalam tempoh 10 tahun hingga 2025, dengan beberapa kes mengakibatkan kematian.

Kementerian itu memaklumkan kejadian keracunan cendawan berlaku setiap tahun, khususnya pada musim luruh apabila banyak cendawan tumbuh selepas musim panas yang terik, diikuti hujan sederhana serta suhu lebih sejuk pada waktu pagi dan petang.

Cendawan "tsukiyotake", juga dikenali sebagai "moonlight mushroom" atau "Japanese jack-o'-lantern" , dianggap sebagai cendawan beracun yang paling kerap disalah anggap sebagai jenis boleh dimakan kerana rupanya hampir menyerupai cendawan shiitake dan tiram yang biasa dimakan di Jepun.

Pengambilan cendawan "tsukiyotake" boleh menyebabkan gejala seperti muntah dan cirit-birit dalam tempoh kira-kira 30 minit hingga sejam selepas dimakan.

Satu lagi cendawan beracun, "kusaurabenitake" yang dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "wood pink gill", turut menyebabkan banyak kes keracunan makanan kerana menyerupai cendawan yang boleh dimakan seperti "honshimeji" dan "hatakeshimeji".

Kementerian itu turut memberi amaran bahawa pengambilan   cendawan "panther cap" dan "destroying angel" , boleh membawa maut.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak bergantung pada foto dalam talian untuk menentukan sama ada sesuatu cendawan selamat dimakan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memetik, memakan, menjual atau memberikan kepada orang lain, sekiranya tidak pasti sama ada cendawan itu boleh di makan atau tidak. 

Kementerian itu turut menggesa sesiapa yang mengalami gejala tidak sihat selepas memakan cendawan supaya segera mendapatkan rawatan perubatan.

-- BERNAMA-KYODO

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah amaran yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Jepun berkaitan cendawan beracun? 
    A: Kementerian Kesihatan Jepun memberi amaran kepada orang ramai yang merancang mengunjungi kawasan pergunungan pada musim luruh supaya berwaspada terhadap cendawan beracun yang menyerupai jenis boleh dimakan kerana boleh membawa maut.
  • Q: Berapakah jumlah kes keracunan akibat cendawan beracun di Jepun dalam tempoh 10 tahun hingga 2025? 
    A: Lebih 540 orang mengalami keracunan makanan akibat memakan cendawan beracun dalam tempoh 10 tahun hingga 2025, dengan beberapa kes mengakibatkan kematian.
  • Q: Apakah jenis cendawan beracun yang sering disalah anggap sebagai boleh dimakan di Jepun? 
    A: Cendawan "tsukiyotake" sering disalah anggap sebagai boleh dimakan kerana rupanya hampir menyerupai cendawan shiitake dan tiram, manakala "kusaurabenitake" menyerupai "honshimeji" dan "hatakeshimeji".
  • Q: Apakah gejala yang dialami selepas memakan cendawan "tsukiyotake"? 
    A: Pengambilan cendawan "tsukiyotake" boleh menyebabkan gejala seperti muntah dan cirit-birit dalam tempoh kira-kira 30 minit hingga sejam selepas dimakan.
  • Q: Apakah nasihat Kementerian Kesihatan Jepun kepada orang ramai berkaitan pengambilan cendawan? 
    A: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memetik, memakan, menjual atau memberikan cendawan kepada orang lain sekiranya tidak pasti sama ada cendawan itu boleh dimakan, dan tidak bergantung pada foto dalam talian untuk menentukan keselamatan cendawan.

Must Watch Video

Advertisement