awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun: Korea Utara terus lancar peluru berpandu, tiada kerosakan dilaporkan

Bernama
Bernama
15/09/2017
03:45 MYT
Jepun: Korea Utara terus lancar peluru berpandu, tiada kerosakan dilaporkan
Yoshihide Suga (gambar) berkata, Jepun mengutuk tindakan berkenaan yang dianggap sebagai satu "provokasi keterlaluan". - Gambar fail
Peluru berpandu balistik yang dilancarkan Korea Utara merentasi utara Jepun dan jatuh ke Pasifik, menurut kerajaan Jepun pada Jumaat lapor agensi berita Xinhua.
Peluru berpandu itu dilaporkan mendarat kira-kira 2,000 kilometer dari timur Erimo, Hokkaido pada pukul 7.16 pagi waktu tempatan.
Pelancaran peluru berpandu berkenaan berlaku selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebulat suara menerima pakai sekatan baharu lebih ketat ke atas Korea Utara berikutan ujian nuklear keenam negara itu pada 3 September lepas.
Mengulas mengenai pelancaran terbaharu itu, Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, Jepun mengutuk tindakan berkenaan yang dianggap sebagai satu "provokasi keterlaluan".
Suga berkata, tiada kerosakan dilaporkan setakat ini.
Tiada serpihan berbahaya jatuh dari peluru berpandu berkenaan serta pesawat atau kapal di wilayah itu dibedil ataupun rosak, tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#Korea Utara
#majlis keselamatan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
#peluru berpandu balistik
#Yoshihide Suga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan