[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
DUNIA

Jepun laksana hukuman mati pembunuh bersiri babitkan 9 mangsa

Bernama 27/06/2025 | 09:15 MYT
Shiraishi didapati bersalah membunuh, memotong anggota badan, dan menyimpan mayat mangsanya di apartmennya berhampiran Tokyo. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh sembilan individu dalam satu kes pembunuhan bersiri pada 2017 di Zama, wilayah Kanagawa, telah dihukum mati, lapor Kyodo News pada Jumaat memetik sumber terdekat.

Ringkasan AI
  • Takahiro Shiraishi, dikenali sebagai "pembunuh Twitter Jepun", dihukum mati atas kesalahan membunuh sembilan individu antara Ogos dan Oktober 2017 dengan memperdaya mangsa melalui media sosial.
  • Mangsa terdiri daripada lapan wanita dan seorang lelaki berusia 15 hingga 26 tahun yang ditipu dengan tawaran bantuan untuk mati, sebelum dibunuh, dipotong anggota badan dan disimpan di apartmen Shiraishi.
  • Shiraishi turut melakukan serangan seksual terhadap semua mangsa wanita dan mencuri wang mereka; hukuman mati dimuktamadkan pada tahun 2021.

Hukuman mati terhadap Takahiro Shiraishi, yang digelar "pembunuh Twitter Jepun", dimuktamadkan pada 2021.
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan bahawa Shiraishi menggunakan Twitter untuk memperdaya mangsanya - kebanyakannya individu yang meluahkan hasrat untuk membunuh diri di media sosial - dengan menawarkan bantuan untuk mati atau menemani mereka ketika melakukan perbuatan itu.
Shiraishi didapati bersalah membunuh, memotong anggota badan, dan menyimpan mayat mangsanya di apartmennya berhampiran Tokyo.
Menurut keputusan mahkamah, beliau memperdaya lapan wanita dan seorang lelaki berusia antara 15 hingga 26 tahun ke kediamannya antara akhir Ogos dan akhir Oktober 2017 sebelum mencekik dan memotong tubuh mereka.
Dia turut melakukan serangan seksual terhadap semua mangsa wanita dan mencuri wang mereka.
-- BERNAMA
#pembunuh bersisi jepun #pembunuh Twitter Jepun #hukuman mati #mangsa pembunuhan