Skip to main content

Dunia

Jepun laksana hukuman mati pertama sejak Takaichi pegang jawatan

51670921167_TBGANTUNGINDON.jpg
Sunao Takami, 58, dihukum gantung dan merupakan individu pertama menjalani hukuman mati di Jepun sejak Jun 2025. - Gambar hiasan
Advertisement

TOKYO: Jepun pada Jumaat melaksanakan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang disabitkan membunuh lima orang dalam serangan membakar sebuah premis pachinko di Osaka pada 2009, menjadikannya pelaksanaan pertama sejak Sanae Takaichi menjadi Perdana Menteri, menurut Menteri Kehakiman Hiroshi Hiraguchi.

Kyodo News melaporkan Sunao Takami, 58, dihukum gantung dan merupakan individu pertama menjalani hukuman mati di Jepun sejak Jun 2025.

Dalam kejadian pada 5 Julai 2009, Takami bertindak menyiram petrol di lantai premis pachinko itu sebelum membakarnya, menyebabkan lima orang maut dan 10 lagi cedera.

Hukuman mati terhadapnya dimuktamadkan pada 2016.

-- BERNAMA-KYODO

 

Must Watch Video

Advertisement