awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki

Bernama
Bernama
02/02/2025
14:00 MYT
Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima. - Foto AP
TOKYO: Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima, lapor Xinhua.
Roket H3 No. 5 yang membawa satelit Michibiki meluncur pada 5:30 petang waktu tempatan. Satelit tersebut kemudiannya diletakkan ke orbit yang ditetapkan.
Michibiki adalah satelit Jepun yang direka untuk meningkatkan ketepatan GPS bagi telefon pintar, sistem navigasi kereta, dan perkhidmatan berasaskan lokasi lain. Sistem semasa terdiri daripada empat satelit yang mengorbit di atas Jepun, membantu bukan sahaja dalam navigasi tetapi juga dalam memberi amaran gempa bumi kecemasan di kawasan yang tiada isyarat komunikasi.
Kerajaan Jepun berhasrat untuk mengembangkan sistem ini daripada empat kepada tujuh satelit, bagi mengurangkan pergantungan kepada rangkaian GPS asing. Michibiki No. 6 yang baru dilancarkan akan diletakkan di orbit geopegun kira-kira 36,000 km di atas Bumi.
Roket generasi seterusnya H3 yang dibangunkan oleh Agensi Penjelajahan Angkasa Jepun (JAXA) dan Mitsubishi Heavy Industries dijangka menggantikan sepenuhnya operasi roket H2A, yang dijangka berakhir pada tahun kewangan 2024 dengan pelancaran roket No. 50.
Pelancaran pada Ahad menandakan pelancaran kelima H3 di negara itu, selepas kegagalan pelancaran sulungnya pada Mac 2023 dan tiga misi yang berjaya tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#lancar roket H3
#satelit navigasi Michibiki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan