awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun lantik dua Duta Muhibah untuk promosi makanan, budaya pemakanan

Bernama
Bernama
12/01/2023
23:40 MYT
Jepun lantik dua Duta Muhibah untuk promosi makanan, budaya pemakanan
Duta-duta yang dilantik ini bakal memberi nasihat profesional kepada profesional di luar negara yang pakar dalam masakan Jepun. - Foto Facebook Embassy of Japan in Malaysia
KUALA LUMPUR: Pengasas Hiro Food Packages Manufacturing Sdn Bhd Datuk Suzuki Ichiro dan pengasas JMG Trading Sdn Bhd Miyagawa Atsushi dilantik sebagai "Duta Muhibah Masakan Jepun" untuk mempromosi makanan Jepun dan budaya pemakanan di dalam dan luar negara.
Kedutaan Jepun ke Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa duta-duta yang dilantik oleh Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun (MAFF) itu akan memberi nasihat profesional kepada profesional di luar negara yang pakar dalam masakan Jepun.
"Makanan dan budaya pemakanan Jepun sudah lazim kepada rakyat Malaysia dengan nilai eksport produk pertanian, perhutanan dan perikanan serta makanan dari Jepun ke Malaysia meningkat 2.3 kali ganda dalam tempoh lima tahun lepas.
"Kami menjangkakan populariti yang semakin meningkat terhadap makanan Jepun dan budaya pemakanan di Malaysia akan mengukuhkan pemahaman terhadap budaya Jepun dan bilangan pelawat dari Malaysia ke Jepun," menurut kenyataan itu.
Menurutnya Washoku (Masakan Jepun) ditetapkan sebagai Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO pada 2013 dan berjaya menarik perhatian seluruh dunia.
Hiro Food Packages Manufacturing Sdn Bhd ialah pengilang pembungkusan makanan di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2000 manakala JMG Trading Sdn Bhd ialah syarikat perdagangan khusus dalam import dan penjualan produk makanan segar, sejuk dan sejuk beku Jepun di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Duta Muhibah
#promosi makanan Jepun
#budaya jepun
#Kedutaan Jepun ke Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan