[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Jepun lapor kes kematian pertama mpox

Bernama 14/12/2023 | 04:15 MYT
Pegawai Kementerian Kesihatan berkata mangsa seorang lelaki berusia 30-an. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
Pegawai Kementerian Kesihatan berkata mangsa seorang lelaki berusia 30-an, menurut Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Kyodo.
Beliau tinggal di wilayah Saitama berhampiran ibu negara Tokyo.
Jepun mengesahkan kes pertama mpox tahun lepas pada Julai.
Tahun lepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan semula cacar monyet kepada mpox.
Pada Mei tahun ini, WHO mengisytiharkan mpox bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa.
-- BERNAMA
#mpox #kes kematian #WHO #cacar monyet