awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun longgar amaran perjalanan untuk 36 negara

Bernama
Bernama
27/05/2022
05:19 MYT
Jepun longgar amaran perjalanan untuk 36 negara
Menurut Kementerian Luar, 36 negara itu turut termasuk Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia. - Gambar fail
TOKYO: Jepun pada Khamis melonggarkan amaran perjalanan daripada Tahap 2 kepada Tahap 1 untuk 36 negara dan kawasan, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan Hong Kong.
Selain itu, rakyat Jepun juga dibenarkan melakukan perjalanan tidak penting ke negara dan kawasan terbabit.
Menurut Kementerian Luar, 36 negara itu turut termasuk Thailand, Vietnam, Singapura dan Malaysia, lapor agensi berita Kyodo.
Nasihat perjalanan untuk 15 lagi negara dan kawasan lain pula diturunkan daripada Tahap 3 kepada Tahap 2, antaranya tujuh di Asia Barat dan Afrika, enam di Eropah dan dua di Amerika Latin.
Sebelum ini, Jepun mengeluarkan nasihat perjalanan susulan pandemik COVID-19.
"Secara keseluruhannya, dunia kini melihat trend penurunan dalam jumlah kes jangkitan baharu dan kematian, dan risiko mengalami simptom teruk serta kematian juga semakin berkurangan," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Sementara itu, 109 negara dan wilayah kekal di bawah amaran Tahap 2, termasuk 30 di Asia, seperti China, Korea Selatan dan India, serta 35 negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis dan Itali.
Pada masa sama, 41 negara kekal pada Tahap 3.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#amaran perjalanan
#pandemik
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan