DUNIA
Jepun perkenal undang-undang baharu galakkan bahasa isyarat menjelang Deaflympics
Ia merupakan kali pertama Jepun menggubal undang-undang khusus mengenai bahasa isyarat.
TOKYO: Kerajaan pusat dan tempatan Jepun kini diwajibkan di bawah undang-undang baharu untuk mengambil langkah menggalakkan penggunaan bahasa isyarat, sebagai usaha membina momentum menjelang penganjuran Deaflympics 2025 di Tokyo pada November ini, lapor Agensi Berita Kyodo.
Undang-undang itu berkuat kuasa pada 25 Jun selepas Parlimen meluluskan rang undang-undang yang digubal oleh ahli Parlimen pelbagai parti. Ia merupakan kali pertama Jepun menggubal undang-undang khusus mengenai bahasa isyarat, menurut Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan.
Menyifatkan undang-undang itu sebagai "bersejarah," Persekutuan Orang Pekak Jepun dalam satu kenyataan berkata pihaknya "terharu" mengenangkan usaha generasi terdahulu yang telah berjuang tanpa jemu meningkatkan kesedaran mengenai bahasa isyarat.
Melindungi bahasa isyarat akan "menyinari masa depan golongan pekak dan mereka yang kurang pendengaran," katanya.
Undang-undang itu menetapkan bahawa kerajaan pusat dan tempatan perlu mengambil langkah sewajarnya untuk menambah baik persekitaran bagi memastikan kemudahan yang munasabah untuk pembelajaran dan penggunaan bahasa isyarat.
Kerajaan juga mesti mengambil langkah untuk memelihara dan membangunkan budaya bahasa isyarat, termasuk dalam bidang seperti teater dan seni tradisional, serta memperdalam pemahaman awam. Kerajaan pusat turut diwajibkan untuk mengambil langkah fiskal bagi membiayai usaha ini.
Selain itu, kerajaan juga digesa untuk menempatkan guru atau kakitangan yang mahir dalam bahasa isyarat bagi memastikan pelajar yang memerlukannya menerima pendidikan sewajarnya.
Menurut persekutuan itu, ordinan yang menggalakkan bahasa isyarat telah digubal di 40 wilayah dan kira-kira 550 majlis perbandaran di Jepun.
Undang-undang itu digubal menjelang penganjuran pertama Deaflympics oleh Jepun yang akan berlangsung di Tokyo dan beberapa kawasan lain, dengan penyertaan kira-kira 6,000 atlet dan pegawai dari 70 hingga 80 negara dan wilayah.
-- BERNAMA