DUNIA
Jepun perkukuh tindakan berikutan serangan maut beruang catat rekod tertinggi
Sejumlah 13 orang telah dibunuh oleh beruang di seluruh negara sejak April, jumlah tertinggi pernah direkodkan. Puluhan lagi cedera.
TOKYO: Jepun perkukuh tindakan berikutan jumlah serangan maut beruang yang mencatat rekod tertinggi, menurut media tempatan pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Menghadapi kekurangan serius pemburu berpengalaman, kerajaan memutuskan untuk menggalakkan bekas anggota polis dan bekas tentera mendapatkan lesen memburu, lapor akhbar Asahi Shimbun.
Langkah itu dibuat selepas Jepun melonggarkan undang-undang senjata api yang ketat, bagi membolehkan pegawai polis menggunakan senapang terhadap beruang.
Menurut Kementerian Alam Sekitar, 13 orang telah dibunuh oleh beruang di seluruh negara sejak April, jumlah tertinggi pernah direkodkan. Puluhan lagi cedera.
Pertemuan antara beruang dan manusia meningkat sejak beberapa tahun lalu. Pakar menyatakan punca antaranya ialah tanah pertanian yang ditinggalkan serta penyusutan populasi di kawasan luar bandar apabila penduduk Jepun semakin berkurangan dan menua.
Selain itu, kelaparan menyebabkan beruang semakin kerap memasuki kawasan perumahan kerana kekurangan makanan di hutan pergunungan. Kacang beech, sumber makanan utama, semakin berkurangan - dipercayai turut dipengaruhi perubahan iklim.
Kebanyakan serangan dilaporkan di wilayah utara Iwate dan Akita.
Keadaan menjadi begitu serius sehingga Gabenor Akita, Kenta Suzuki, baru-baru ini melawat Kementerian Pertahanan di Tokyo untuk meminta sokongan tentera.
Anggota tentera kini membantu pihak berkuasa tempatan memasang perangkap hidup serta mengalih dan melupuskan beruang yang telah ditembak mati. Anggota tentera sendiri tidak menembak haiwan tersebut.
"Nyawa dan mata pencarian rakyat berada dalam bahaya," kata Menteri Pertahanan Shinjiro Koizumi.
Kerajaan merancang menyediakan dana tambahan untuk pemburu, susulan jumlah mereka menurun dan purata umur yang semakin meningkat.
Populasi beruang hitam Asia, atau beruang bulan, hidup di kawasan pergunungan berhutan di Honshu, pulau utama Jepun. Pihak berkuasa Akita menganggarkan terdapat ribuan beruang di wilayah itu sahaja.
Ribuan beruang perang juga mendiami pulau paling utara, Hokkaido.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jepun memperkuatkan tindakan berikutan peningkatan serangan maut beruang yang mencatat rekod tertinggi dengan 13 kematian sejak April, menyebabkan kerajaan menggalakkan bekas anggota polis dan tentera mendapatkan lesen memburu.
- Pertemuan antara manusia dan beruang meningkat disebabkan tanah pertanian ditinggalkan serta populasi berkurangan di kawasan luar bandar, menyebabkan beruang kelaparan memasuki kawasan perumahan akibat kekurangan makanan di hutan pergunungan.
- Gabenor Akita meminta sokongan tentera untuk mengatasi isu ini, dengan tentera membantu pemasangan perangkap hidup serta mengalih dan melupuskan beruang yang ditembak mati tanpa menembak haiwan tersebut, sementara kerajaan merancang menyediakan dana tambahan kepada pemburu.