awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun pertimbang ambil tindakan terhadap larangan import makanan laut China

Bernama
Bernama
29/08/2023
09:07 MYT
Jepun pertimbang ambil tindakan terhadap larangan import makanan laut China
Tokyo sedang mempertimbangkan kemungkinan memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia dan mencadangkan langkah lain sebagai tindak balas terhadap larangan import makanan laut yang dikenakan China ke atas Jepun. - Gambar hiasan/REUTERS
TOKYO: Tokyo sedang mempertimbangkan kemungkinan memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia dan mencadangkan langkah lain sebagai tindak balas terhadap larangan import makanan laut yang dikenakan China ke atas Jepun selepas ia memutuskan untuk melepaskan air terawat daripada loji nuklear Fukushima, lapor Sputnik.
Agensi Berita Kyodo melaporkan dengan memetik Menteri Negara Jepun bagi Keselamatan Ekonomi Sanae Takaichi, kerajaan Jepun merancang untuk meneruskan tuntutan mahkamah sekiranya prospek diplomatik lain terbukti tidak berkesan.
Terdahulu, Menteri Luar Jepun Hayashi Yoshimasa berkata Tokyo bertekad untuk mengkaji semula semua pilihan yang mungkin untuk melindungi kepentingan perniagaan Jepun berdasarkan larangan yang dikenakan.
Pada 24 Ogos, Jepun mula membuang air sisa terawat dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik, setelah mencairkannya dengan air laut terlebih dahulu.
Sebagai tindak balas, pihak berkuasa kastam China mengumumkan penggantungan semua import makanan laut dari Jepun.
Keputusan Jepun untuk melepaskan air tercemar nuklear yang dirawat ke Lautan Pasifik berdepan kritikan dari China yang bimbang akan pencemaran radioaktif.
Beijing telah menentang sekeras-kerasnya pelepasan air dan menuntut Jepun menghentikan "perbuatan salah" itu.
Sementara itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa berkata air sisa yang dirawat akan memberikan kesan radiologi yang tidak signifikan terhadap manusia dan alam sekitar.
--BERNAMA-SPUTNIK
Topic Berkaitan
#Jepun
#China
#larangan import
#makanan laut
#pelepasan air Fukushima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan