Skip to main content

Dunia

Jepun rampas bot China di zon ekonomi eksklusif, ketegangan dengan Beijing memuncak

 Japanese authorities have seized a Chinese fishing boat and arrested its captain for allegedly fleeing inspection while within Japan's exclusive economic zone near Nagasaki in southwest Japan, a government spokesperson said on Friday (February 13). (Production: Joseph Campbell)
Pihak berkuasa Jepun menggambarkan bot tersebut sebagai “kapal pukat harimau” berkapasiti tinggi. - Foto REUTERS

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun merampas sebuah bot nelayan China yang enggan berhenti untuk pemeriksaan ketika berada di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) negara itu berhampiran Prefektur Nagasaki, dalam insiden yang dijangka menambah tekanan terhadap hubungan Tokyo–Beijing.

Menurut Agensi Perikanan Jepun, bot tersebut diarahkan berhenti oleh pegawai penguat kuasa pada Khamis, namun kaptennya bertindak melarikan diri sebelum dikejar dan ditahan.

Advertisement

Kapten bot itu, seorang warga China berusia 47 tahun, ditangkap bersama 10 kru lain yang berada di atas kapal.

Ini adalah rampasan pertama membabitkan bot China sejak 2022.

China setakat ini belum mengeluarkan sebarang maklum balas.

Pihak berkuasa Jepun menggambarkan bot tersebut sebagai “kapal pukat harimau” berkapasiti tinggi.

Ketua Setiausaha Kabinet, Minoru Kihara, berkata Jepun akan terus mengambil tindakan tegas bagi membendung aktiviti penangkapan ikan secara haram oleh kapal asing.

Kami akan terus bertindak tegas untuk mencegah operasi tidak sah,” katanya.

Insiden ini berlaku ketika hubungan Jepun–China berada pada tahap sensitif.

Pada November lalu, Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, membangkitkan kemarahan Beijing apabila menyatakan Tokyo mungkin campur tangan secara ketenteraan jika China menggunakan kekerasan mengambil alih Taiwan.

China mengecam kenyataan itu sebagai “melampau”, memanggil duta Jepun dan menasihati rakyatnya agar mempertimbang semula lawatan atau pengajian di Jepun.

Ketegangan diplomatik itu membawa kepada penurunan ketara pelancong China ke Jepun, memberi kesan kepada saham sektor pelancongan dan runcit.

Pertukaran budaya juga terjejas apabila jelajah artis Jepun di China dibatalkan, tayangan filem-filem Jepun ditangguhkan, dan Jepun menyerahkan semula dua ekor panda terakhir negara itu kepada Beijing bulan lalu.

 

Must Watch Video