Jepun rekodkan musim hujan paling singkat dalam sejarah

Bernama
Jun 27, 2022 20:00 MYT
Menurut media Jepun musim hujan tahun ini adalah yang paling singkat pernah direkodkan. - Gambar hiasan/ IG @japantourismus
TOKYO: Musim hujan berakhir secara tiba-tiba di beberapa bahagian di Jepun, menurut Agensi Meteorologi Jepun pada Isnin, dan suhu tinggi dijangka direkodkan dalam tempoh beberapa minggu akan datang.
Agensi cuaca memberi amaran bahawa "musim hujan berakhir lebih cepat daripada biasa tahun ini" dan ramai dijangka mengalami strok haba akibat tidak dapat menyesuaikan diri dengan cuaca panas terik yang tiba lebih awal.
Menurut media Jepun musim hujan tahun ini adalah yang paling singkat pernah direkodkan.
Pada kebiasaannya, musim hujan berakhir pada pertengahan hingga akhir Julai.
Menurut Sputnik, penyiar Awam NHK memetik pegawai cuaca sebagai berkata bahawa suhu akan meningkat ke paras tertinggi dalam dua minggu akan datang.
Suhu meningkat kepada 35 darjah Celsius dalam tempoh tiga hari lalu.
Pegawai itu berkata tempoh hujan yang singkat ditambah dengan cuaca panas melampau boleh mengancam bekalan air negara.
-- BERNAMA
#musim hujan paling pendek #Agensi Meteorologi Jepun #strok haba #ancam bekalan air negara