DUNIA
Jepun sambung semula eksport makanan laut ke China selepas Beijing longgarkan larangan 2023
Larangan import pada 2023 ada kaitan dengan pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi ke laut. - AP
TOKYO: Jepun menyambung semula penghantaran makanan laut ke China buat kali pertama sejak Beijing melaksanakan larangan import pada 2023 berhubung pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi ke laut, menurut kerajaan pada Jumaat, lapor Kyodo News.
Ketua Setiausaha Kabinet Minoru Kihara pada sidang media berkata kerajaan melihat perkembangan itu secara "positif" selepas enam tan kekapis beku dari pulau utama utara Jepun, Hokkaido, dihantar ke China pada Rabu.
Menteri Pertanian Norikazu Suzuki dalam sidang media berasingan berkata 600 kilogram timun laut masin akan dihantar pada Isnin. Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, timun laut berkenaan berasal dari Wilayah Aomori di timur laut Jepun.
China memperkenalkan larangan sepenuhnya terhadap import makanan laut Jepun pada Ogos 2023 sebagai tanda bantahan terhadap pelepasan air terawat itu yang bermula pada bulan sama. Namun, kedua-dua negara bersetuju pada Jun tahun ini untuk memulakan semula import secara berperingkat.
Sebelum mengeksport, pengeksport Jepun diwajibkan mendaftar kemudahan mereka dengan pihak berkuasa China dan mengemukakan sijil pemeriksaan radioaktif bagi produk perikanan mereka. Setakat ini, hanya tiga kemudahan mendapat kelulusan eksport, manakala ratusan lagi masih menunggu pendaftaran.
Sementara itu, larangan berasingan masih dikenakan terhadap import produk laut dan hasil lain dari 10 daripada 47 wilayah Jepun, termasuk Fukushima, Miyagi dan Tokyo, yang dikuatkuasakan selepas gempa bumi dan tsunami pada Mac 2011 yang mencetuskan bencana nuklear itu.
Penyambungan semula import makanan laut Jepun oleh China ini berlaku ketika kedua-dua negara berusaha menstabilkan hubungan dua hala yang sering tegang disebabkan isu wilayah dan sejarah peperangan pada masa yang sama ketegangan perdagangan dan geopolitik antara China dan Amerika Syarikat (AS) semakin meningkat di bawah pentadbiran Presiden AS Donald Trump.
China juga melengkapkan langkah penting untuk memulakan semula import daging lembu Jepun, yang digantung sejak wabak penyakit lembu gila pada 2001, setelah menyelesaikan prosedur kuarantin domestik pada Julai lalu, menurut kerajaan Jepun.
Kihara, jurucakap utama kerajaan, berkata Tokyo akan terus mendesak dengan tegas agar Beijing menarik balik semua sekatan yang masih dikenakan terhadap 10 wilayah Jepun dan menyambung semula import daging lembu.
-- BERNAMA