DUNIA
Jepun sambut baik gencatan senjata Kemboja-Thailand
Jepun akan bekerjasama dengan negara lain bagi menggesa Kemboja dan Thailand agar meredakan ketegangan.
TOKYO: Jepun pada Selasa menyambut baik perjanjian gencatan senjata yang dicapai antara Kemboja dan Thailand selepas beberapa hari pertempuran di kawasan sempadan yang dipertikaikan, dengan menyatakan bahawa hubungan baik antara kedua-dua negara adalah "amat penting" bagi kestabilan dan pembangunan serantau, lapor Kyodo News.
"Kami mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat antara Kemboja dan Thailand," kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi dalam satu sidang media.
"Kami akan bekerjasama dengan negara lain bagi menggesa kedua-dua pihak agar meredakan ketegangan, termasuk melalui pelaksanaan perjanjian gencatan senjata yang stabil," kata jurucakap utama Kerajaan Jepun itu.
Gencatan senjata itu dicapai selepas pertemuan di Malaysia pada Isnin antara Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini telah memberi tekanan kepada kedua-dua negara supaya bersetuju menghentikan pertempuran, dengan memberi amaran bahawa perjanjian tarif tidak akan dimeterai tanpa gencatan senjata.
-- BERNAMA