DUNIA
Jepun sambut baik perjanjian pelaksanaan gencatan senjata Kemboja-Thailand
Takeshi menyatakan penghargaan tinggi terhadap usaha diplomatik semua pihak yang terlibat sehingga tercapainya perjanjian itu. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Jepun mengalu-alukan perjanjian antara Kemboja dan Thailand mengenai mekanisme pelaksanaan gencatan senjata, termasuk penghentian semua serangan, yang dicapai pada mesyuarat baru-baru ini di Malaysia.
Dalam kenyataan, Menteri Luar Jepun Iwaya Takeshi menyatakan penghargaan tinggi terhadap usaha diplomatik semua pihak yang terlibat sehingga tercapainya perjanjian itu.
"Jepun berpendapat bahawa hubungan baik antara Kemboja dan Thailand amat penting untuk kestabilan dan pembangunan di rantau ini," katanya.
Beliau berkata Jepun secara konsisten menggalakkan kedua-dua negara untuk meredakan ketegangan, sambil menambah bahawa Kerajaan Jepun akan terus menyokong pelaksanaan berterusan perjanjian gencatan senjata dan usaha mengurangkan ketegangan seterusnya melalui kerjasama dengan negara berkaitan.
Sementara itu, Duta Jepun ke Malaysia Shikata Noriyuki berkata Jepun amat menghargai usaha diplomatik dan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Malaysia selaku Pengerusi ASEAN dalam mencapai perjanjian ini.
Beliau berkata Jepun mengalu-alukan perjanjian yang baru-baru ini dicapai antara Kemboja dan Thailand di Malaysia mengenai mekanisme pelaksanaan gencatan senjata.
"Jepun berhasrat untuk terus memainkan peranan proaktif dan konstruktif dalam mengekalkan gencatan senjata ini dengan kerjasama rapat Malaysia, yang memainkan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN," katanya di platform X.
Beliau berkata konflik antara Thailand dan Kemboja mengganggu rantaian bekalan rentas sempadan yang dibangunkan oleh syarikat Jepun.
Ketika ketegangan memuncak di sepanjang sempadan Kemboja-Thailand pada akhir Julai 2025, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tampil sebagai pengantara berkecuali dan konstruktif.
Kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata yang diusahakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Julai, sekali gus menamatkan konflik lima hari yang memusnahkan keamanan di bahagian utara Kemboja.
Mesyuarat bersejarah Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang dianjurkan Malaysia berakhir dengan positif di Kuala Lumpur pada Khamis selepas kedua-dua kerajaan bersetuju dengan beberapa syarat gencatan senjata bagi mengelakkan konflik daripada terus memuncak.
-- BERNAMA