DUNIA
  
            Jepun sasar eksport infrastruktur 45 trilion yen setahun menjelang 2030
Strategi itu akan menyokong syarikat Jepun memperluas eksport infrastruktur dalam bidang keselamatan ekonomi utama seperti tenaga dan makanan. - Foto REUTERS
            
      TOKYO: Kerajaan Jepun berhasrat meningkatkan eksport infrastruktur tahunan negara kepada 45 trilion yen (kira-kira AS$286 bilion) menjelang 2030, dengan matlamat memperkukuh rantaian bekalan dalam sektor tenaga dan makanan, lapor Xinhua.
Kerajaan pada Selasa mengumumkan strategi eksport baharu, berusaha mencapai sasaran 34 trilion yen menjelang 2025.
Permintaan infrastruktur luar negara Jepun mencatat nilai 31 trilion yen pada 2022, meningkat kira-kira 60 peratus berbanding 2014.
Strategi itu akan menyokong syarikat Jepun memperluas eksport infrastruktur dalam bidang keselamatan ekonomi utama seperti tenaga dan makanan, memandangkan negara masih bergantung kepada import untuk sumber kritikal itu.
"Saya berharap kerajaan dapat terus bekerja bersama-sama untuk mencapai kemajuan lebih besar," kata Perdana Menteri Shigeru Ishiba dalam satu mesyuarat di pejabatnya.
-- BERNAMA