Skip to main content

Dunia

Jerebu: Langit Kalimantan bertukar jingga, bacaan IPU empat kali ganda paras bahaya

Tahap pencemaran udara turut meningkat dengan bacaan indeks pencemar udara (IPU) Indonesia melepasi 1,200 iaitu lebih empat kali ganda daripada paras 300 yang dikategori sebagai berbahaya. - Foto Reuters
Tahap pencemaran udara turut meningkat dengan bacaan indeks pencemar udara (IPU) Indonesia melepasi 1,200 iaitu lebih empat kali ganda daripada paras 300 yang dikategori sebagai berbahaya. - Foto Reuters

Advertisement

Ringkasan AI

  • Langit di Kalimantan Tengah bertukar jingga akibat kebakaran hutan yang menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan tersebut.
  • Bacaan indeks pencemar udara (IPU) Indonesia melebihi 1,200, iaitu lebih empat kali ganda daripada paras berbahaya 300.
  • Kementerian Perhutanan Indonesia melaporkan titik panas kebakaran meningkat lebih dua kali ganda dalam sehari, dengan 1,085 titik panas dikesan seluruh negara.

KALIMANTAN: Langit di Kalimantan Tengah, Indonesia bertukar jingga pada Rabu susulan kebakaran hutan terus merebak dan menyelubungi kawasan berkenaan dengan asap tebal.

Tahap pencemaran udara turut meningkat dengan bacaan indeks pencemar udara (IPU) Indonesia melepasi 1,200 iaitu lebih empat kali ganda daripada paras 300 yang dikategori sebagai berbahaya.

Indonesia kini berdepan musim kebakaran hutan paling teruk dalam tempoh 11 tahun.

Situasi semakin kritikal apabila ia ditambah dengan keadaan cuaca kering yang dikaitkan dengan fenomena El Nino.

Kementerian Perhutanan Indonesia memaklumkan, jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah di enam wilayah keutamaan Indonesia meningkat lebih dua kali ganda dalam tempoh sehari, daripada 238 kepada 542.

Jelas kementerian itu, sebanyak 1,085 titik panas dikesan di seluruh Indonesia berdasarkan pemantauan satelit.

Must Watch Video

Advertisement