DUNIA
Jerebu selubungi Delhi ketika kualiti udara kekal "sangat tidak sihat"
Rakaman dari seluruh bandar menunjukkan lapisan jerebu tebal yang mengurangkan jarak penglihatan di beberapa kawasan. - AP
NEW DELHI: Lapisan jerebu toksik atau beracun menyelubungi ibu kota India pada pagi Isnin, dengan kualiti udara kekal dalam kategori "sangat tidak sihat", lapor Press Trust of India (PTI) yang memetik data daripada Lembaga Kawalan Pencemaran Pusat (CPCB).
Pada 9 pagi (11.30 pagi waktu Malaysia), Indeks Kualiti Udara (AQI) keseluruhan Delhi berada pada paras 345, menurut data CPCB. Rakaman dari seluruh bandar menunjukkan lapisan jerebu tebal yang mengurangkan jarak penglihatan di beberapa kawasan.
Menurut aplikasi SAMEER agensi itu, kawasan Bawana mencatat kualiti udara "teruk" dengan AQI sebanyak 411, diikuti Wazirpur pada 397.
Daripada 38 stesen pemantauan, satu stesen (Bawana) melaporkan kualiti udara "teruk", manakala 33 lagi berada dalam kategori "sangat tidak sihat".
Kualiti udara di bandar itu merosot mendadak pada pagi Ahad, mencapai tahap paling buruk musim ini iaitu 391 sebelum sedikit bertambah baik pada sebelah petang. Pada 4 petang, AQI keseluruhan berada pada paras 370, meletakkan Delhi dalam "zon merah", menurut data CPCB.
Lapisan asap tebal terus menyelubungi bandar itu sejak sambutan Deepavali, dengan kualiti udara berulang alik antara kategori "tidak sihat" dan "sangat tidak sihat", serta kadangkala jatuh ke tahap "teruk".
Suhu minimum direkodkan pada 10.4 darjah Celsius pada Isnin, iaitu 3.9 darjah Celsius lebih rendah daripada purata musim ini dan yang paling rendah setakat ini, mengatasi suhu minimum 11 darjah Celsius pada Sabtu.
Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata kelembapan direkodkan pada kadar 79 peratus pada 8.30 pagi.
Suhu maksimum dijangka sekitar 28 darjah Celsius, dengan jabatan cuaca meramalkan kabus nipis pada siang hari.
Mengikut piawaian CPCB, AQI antara 0 hingga 50 dianggap "baik", 51-100 "memuaskan", 101-200 "sederhana", 201-300 "tidak sihat", 301-400 "sangat tidak sihat", dan 401-500 "teruk".
-- BERNAMA