[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
DUNIA

Jerman: 3 maut, beberapa lagi cedera, kereta api tergelincir

Bernama 03/06/2022 | 14:08 MYT
Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang. - Foto AP
BERLIN: Sebuah kereta api tergelincir dari landasan, berhampiran bandar ski Alpine Garmisch-Partenkirchen di Bavaria, selatan Jerman dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penumpang, lapor Xinhua, memetik media tempatan NTV.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Jumaat itu.

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira 12.20 tengah hari waktu tempatan.

Punca kejadian masih disiasat.

-- BERNAMA
#kereta api tergelincir #Jerman #bandar ski #Alpine Garmisch-Partenkirchen #Bavaria