DUNIA
Jerman desak Israel henti pengeboman Gaza, benarkan bantuan kemanusiaan
Merz antara pemimpin awal di Eropah yang menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan di Gaza, yang kini digambarkan sebagai “tidak dapat diterima.” - Gambar Reuters
BERLIN: Canselor Jerman, Friedrich Merz mendesak Israel agar menamatkan segera serangan ketenteraan ke atas Gaza dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan tanpa halangan kepada rakyat Palestin.
Dalam kenyataan tegas yang disampaikan pada satu sidang media, Merz berkata, situasi yang sedang berlaku di Gaza tidak lagi boleh diterima dari sudut kemanusiaan.
“Saya mahu ulang sekali lagi — kerajaan Israel mesti menghentikan operasi ketenteraan yang melampau, membenarkan gencatan senjata, dan paling penting, memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada rakyat yang memerlukan,” katanya.
Merz turut mengingatkan bahawa beliau antara pemimpin awal di Eropah yang menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan di Gaza, yang kini digambarkan sebagai “tidak dapat diterima.”
Sejak perang tercetus pada Oktober 2023, lebih 59,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Pengeboman tanpa henti dan sekatan menyeluruh oleh Israel telah memusnahkan sebahagian besar wilayah itu, selain menyebabkan kematian akibat kebuluran.
Kenyataan Merz dijangka menambahkan tekanan antarabangsa terhadap Israel yang kini semakin dikritik oleh negara-negara Eropah, termasuk Sepanyol, Ireland dan Norway, berikutan impak besar operasi ketenteraan terhadap penduduk awam di Gaza. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini