DUNIA
Jerman kecam cadangan tarif ubat AS sebagai ancaman perdagangan, penjagaan pesakit
Trump sebelum ini mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua ubat-ubatan berjenama dan dipatenkan mulai 1 Okt, kecuali syarikat memindahkan pengeluaran mereka ke AS. - Gambar hiasan
FRANKFURT: Industri farmaseutikal Jerman mengecam keras cadangan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ubat-ubatan berjenama yang diimport pada Jumaat, dengan menyifatkannya sebagai tamparan hebat kepada perdagangan antarabangsa dan ancaman kepada keselamatan bekalan di Eropah, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
Kecaman itu menyusul selepas Presiden AS Donald Trump sehari sebelumnya mengumumkan bahawa AS akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua ubat-ubatan berjenama dan dipatenkan mulai 1 Okt, kecuali syarikat memindahkan pengeluaran mereka ke AS.
Timbalan Jurucakap Suruhanjaya Eropah, Olof Gill berkata kenyataan bersama Kesatuan Eropah (EU)-AS mengenai isu perdagangan yang diterbitkan pada Ogos dengan jelas menetapkan had tarif bagi eksport EU, termasuk farmaseutikal, pada kadar 15 peratus.
AS merupakan pasaran terpenting Jerman bagi ubat-ubatan, merangkumi kira-kira suku daripada eksport farmaseutikal Jerman pada 2024. Sektor itu menggaji kira-kira 130,000 orang. Bahkan sebelum Brussels memberi respons, persatuan industri Jerman telah menyuarakan kebimbangan.
Pharma Deutschland, kumpulan industri farmaseutikal terbesar negara itu, menyifatkan rancangan AS sebagai serangan langsung terhadap perdagangan global dan ancaman kepada keterjaminan ubat-ubatan Eropah. Pendekatan itu adalah "kejam dan meragukan," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Dorothee Brakmann, sambil memberi amaran bahawa pendirian Washington menunjukkan kecenderungan untuk mengasingkan diri dan membawa pulang aktiviti ekonomi ke dalam sempadannya.
Beliau berkata langkah itu bukan sahaja berisiko menyebabkan kerugian jualan malah menambah ketidaktentuan dalam perdagangan transatlantik.
Persatuan Syarikat Farmaseutikal Berasaskan Penyelidikan (VFA) pula menyatakan tarif 100 peratus itu akan memberi tamparan hebat kepada Jerman dan Eropah sebagai hab farmaseutikal, mengganggu rantaian bekalan dan meningkatkan kos pengeluaran, sekali gus menjejaskan penjagaan pesakit di kedua-dua sisi Atlantik.
Presiden VFA, Han Steutel, berkata beberapa projek pelaburan telah dibekukan dan memberi amaran bahawa langkah itu menjejaskan perjanjian perdagangan sedia ada. "Kita tidak menggunakan sepenuhnya potensi pasaran tunggal kita dan berisiko menjadi alat antara kuasa ekonomi besar," katanya.
Ketua Persatuan Industri Kimia Jerman (VCI), Wolfgang Grosse Entrup, pula menyifatkan langkah AS itu sebagai "tahap terendah baharu" dalam hubungan perdagangan, sambil menegaskan bahawa had tarif 15 peratus yang dipersetujui mesti diguna pakai kepada farmaseutikal, jika tidak "ianya tidak bermakna."
--BERNAMA-XINHUA
Ringkasan AI
- Industri farmaseutikal Jerman mengecam keras cadangan tarif 100 peratus oleh AS terhadap ubat-ubatan berjenama dan dipatenkan mulai 1 Oktober, yang disifatkan sebagai ancaman kepada keselamatan bekalan dan tamparan kepada perdagangan antarabangsa.
- Persatuan seperti Pharma Deutschland, VFA dan VCI memberi amaran bahawa langkah AS akan mengganggu rantaian bekalan, meningkatkan kos pengeluaran, membekukan pelaburan dan menjejaskan penjagaan pesakit serta hubungan perdagangan transatlantik.
- EU menegaskan bahawa had tarif eksport farmaseutikal yang dipersetujui bersama AS adalah 15 peratus, dan tindakan AS melangkaui kadar itu dianggap sebagai pencabulan perjanjian serta menunjukkan kecenderungan dasar pengasingan ekonomi.